ADUN Likas, Junz Wong mengumumkan bahawa dia telah meninggalkan DAP hari ini bersama sebilangan besar pemimpin DAP tetapi dia tidak meletakkan jawatan sebagai ADUN.
Mari kita lihat apa Junz Wong lakukan dan kata kurang daripada 3 tahun yang lalu.
“DAP Sabah telah melancarkan kempen tandatangan bagi memaksa bekas penasihatnya, Hiew King Cheu, mengosongkan kerusi DUN Luyang berikutan peletakan jawatan beliau daripada parti.
Anggota Dewan Undangan Negeri Likas DAP Junz Wong berkata usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai untuk menghantar mesej kepada semua ahli-ahli politik yang dipilih untuk menolak “budaya politik katak’ yang telah wujud di Sabah sejak 50 tahun yang lalu.”
Kurang dari 3 tahun yang lalu, beliau telah melancarkan kempen untuk menamatkan “budaya katak politik ‘
Kurang dari 3 tahun kemudian, Junz sendiri menjadi katak politik.
Masih mahu percaya dengan pemimpin DAP?
–
http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/10/09/sabah-dap-hiew-king-chew–resignation/