ADAKAH litar F1 kini dijadikan medan untuk mempersenda dan menghina negara kita? Siapa dalang disebalik tindakan keji ini?
Semalam bendera Malaysia dijadikan seluar dalam dan di pakai oleh beberapa anak muda di litar F1 Sepang.
Kita tidak dapat memastikan samada mereka rakyat Malaysia atau bukan. Cuma kita pasti mereka ini tidak layak digelar rakyat Malaysia.
Sejak kebelakangan ini pembangkang dan penyokong mereka sering mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan yang memalukan agama Islam, bangsa Melayu dan negara.
Oleh itu kami mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak beradab dan tidak bermaruah ini. Mereka tidak layak tinggal di bumi bertuah ini.
Menurut sumber terkini, kesemua mereka telah ditahan namun kami tidak dapat memastikan bentuk hukuman ke atas mereka yang tidak beradab ini.