Macai-Macai ProTun menyebar luas gambar-gambar lawatan Perdana Menteri ke China bersama dua anak lelakinya Riza Aziz dan Norashman Najib. Ubun-ubun belum keras macai-macai ProTun ada hati untuk mempertikaikan tindakan Najib Tun Razak.
Mereka terlupa Mantan Perdana Menteri pujaan mereka, Mahathir Mohamed pernah membuat lawatan ke negara yang sama. Siap bergambar di Tembok Besar China. Turut berada di dalam gambar adalah Marina Mahathir, anak perempuan Mahathir.
Aik … boleh pulak? Siapa Marina Mahathir di dalam Kerajaan pada masa itu? Menteri kah? Timbalan Menterikah? Dutakah atau Pegawai Tinggi Kerajaan? Untuk perhatian macai-macai ProTun, Presiden Indonesia, Jokowi juga pernah membawa dua anak beliau ketika lawatan rasmi ke Jepun.
Mereka pergi naik jet komersial kah? Bayar sendiri kah?