Paparan slaid di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang bersidang hari ini berkaitan Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2017.
Wah .. peningkatan 4.4 kali ganda peruntukan bajet untuk Pejabat Ketua Menteri daripada RM161 juta kepada RM707 juta?
Mengapa Pejabat Ketua Menteri memerlukan lebih banyak peruntukan tahun depan?
Untuk membina kolam renang atau mengupah lebih ramai RBA untuk mempertahankan Lim Guan Eng sebagai tidak bersalah di media sosial?
Selain itu, Perbelanjaan Mengurus untuk 2017 juga telah meningkat kepada RM1.35 bilion berbanding hanya RM280 juta pada tahun 2008, sebelum DAP mengambil alih. Meningkat 5 kali ganda lebih tinggi.
Sebelum DAP mengambil alih Pulau Pinang, mereka berkata Kerajaan BN Pulau Pinang membazir dan songlap. Sekarang ini dengan peningkatan 5 kali lebih tinggi bermakna 5 kali lebih membazir dan songlap?
RM707 juta bersamaan lebih daripada separuh daripada Perbelanjaan Mengurus diperuntukkan kepada bajet Pejabat Ketua Mentei DAP Pulau Pinang.