Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALALIAA SYAFIQAH DILAPORKAN HILANG

ALIAA SYAFIQAH DILAPORKAN HILANG - pakdin.my

Seorang pelajar tingkatan satu, Aliaa Syafiqah Nazar Mohd. Norjuahari, 13, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah neneknya di Seksyen 1, Bangi, dekat sini hari ini.

Bapa pelajar perempuan itu, Mohd. Norjuahari Nazar, 38, berkata, anaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin, Bangi dekat sini disedari hilang oleh neneknya kira-kira pukul 11 pagi.

Menurutnya, sepatutnya hari ini Aliaa Syafiqah tidak ke sekolah kerana tidak terlibat dengan program di sekolahnya namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anaknya masuk ke perkarangan sekolah kira-kira pukul 5.50 pagi dan beredar dua jam kemudian.

“Dalam rakaman tersebut, anak saya memakai baju dan tudung berwarna oren, seluar jean dan berpurdah. Bagaimanapun, sebelum ini anak saya tidak pernah mengenakan purdah.

“Ini kali pertama Aalia Syafiqah keluar dari rumah dan ke sekolah sendirian kerana sebelum ini, saya, datuknya atau ahli keluarga lain yang akan menghantar dan mengambilnya dari sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Norjuahari yang baru dua minggu memulakan pekerjaan di Alor Setar, Kedah berkata, rakan-rakan anaknya yang ditemui memberitahu Aliaa Syafiqah bertemu mereka dan memberi alasan datang ke sekolah hari ini untuk kali terakhir kerana selepas ini dia akan berpindah ke sekolah lain sedangkan perkara itu tidak pernah dibincangkan.

Katanya, laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu telah dibuat di Balai Polis Bangi.

Tambahnya, seluruh ahli keluarganya kini amat risau tentang kehilangan anak dan berharap Aliaa Syafiqah dalam keadaan selamat serta cepat pulang ke pangkuan keluarganya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh meng­hubungi saya di nombor 018-6624450,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

20161116-aliaa-syafiqah-hilang

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674