Bekas calon DAP untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Abdul Aziz Isa dilihat seakan-akan bangga dilabelkan “screw” Melayu oleh DAP dalam ceramah ahli politik DAP, Hew Kuan Yau, Superman DAP.
Video berkenaan turut ditayangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016, Sabtu lepas.
Dalam video itu, Hew meminta pengundi memberi kemenangan kepada Abdul Aziz di Batu Kitang dengan memberi undi kepada DAP dan bukan kepada PKR kerana kemudian Abdul Aziz dikatakan boleh “screw” orang Melayu supaya lebih menyokong DAP.
Dulu Aziz digunakan oleh DAP untuk “screw orang Melayu”, tetapi screw DAP itu kalah.
Aziz dilihat begitu bangga menjadi duri dalam daging kepada bangsa Melayu di Sarawak kerana masih berdiam diri tanpa memberikan sebarang reaksi selepas tayangan video berkenaan.
“Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang… Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak.
“Mungkin akhirnya selepas 36 tahun, DAP akan ada ADUN Melayu di Sarawak.
“Supaya Aziz boleh “screw” puak Melayu sendiri,” kata Hew dalam video berkenaan.
Selain video berkenaan, Najib turut berkongsi tayangan video bahawa Hew menjelaskan bahawa DAP hanya mempergunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja untuk kepentingan politik mereka.
4 Disember 2016, DAP akhirnya dapat “screw lama” untuk mendapatkan undi Melayu. Sebelum itu lagi, DAP dah guna screw ini semasa kempen Selamatkan Malaysia menerusi kutipan tandantangan yang akhirnya menemui kegagalan.
Mahathir pada Konvensyen DAP di IDCC Shah Alam pada 4 Disember 2016 telah memaafkan semua dosa dosa lama DAP. Siap puji DAP sebagai parti yang lebih “Malaysian”
Nampak sangat ikatan Mahathir dan DAP sudah tersimpul rapi. Mahathir sudah rela dipergubakan sebagai screw untuk menjatuhkan Najib dan BN.
“Kerana Malaysia sudah jadi “negara ayam”… Kita selamatkan Mahathir, dan gunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kata Hew dalam rakaman kedua.
Untuk tebang pokok yang besar, hulu kapak dari pokok besar sendiri akan digunakan untuk tumbangkan pokok itu. Itulah yang sedang dilakukan DAP terhadap Mahathir.
Di Sarawak, DAP gunakan Aziz yang bangga digelarkan “screw” yang melaga-lagakan Melayu.
Di peringkat nasional, DAP pergunakan Mahathir untuk menghuru-harakan orang Melayu. Pecah belahkan Melayu dan tumbangkan pemimpin Melayu.
Orang Melayu tidak boleh membenarkan screw screw DAP ini menembusi pemikiran dan jiwa Melayu. Lawan kembali dakwaan dakwaan karut Mahathir dan DAP ini dengan fakta dan berani.
Jangan biarkan watak Buang dalam filem Sarjan Hassan ini meracuni pemikiran dan prinsip perjuangan sebenar orang Melayu.