SYDNEY – Kerajaan Australia akan mengambil tindakan keras ke atas orang Islam yang mengamalkan poligami dan menuntut pelbagai manfaat kebajikan untuk isteri kedua atau ketiga mereka.
Bercakap kepada radio Sydney, Bendahari Scott Morrison berkata, amalan poligami oleh lelaki dan wanita Islam untuk menuntut pelbagai faedah kebajikan sosial adalah “100 peratus salah.”
“Perkara itu bertentangan dengan nilai kami,” kata Morrison.
Komen itu tercetus selepas terdedahnya laporan di dalam akhbar Daily Telegraph pada Sabtu lalu, mendakwa agensi kebajikan Australia Centrelink telah “menghalalkan” poligami dengan membayar faedah kepada beberapa isteri orang Islam.
Artikel tersebut tidak menyatakan seberapa kerap amalan itu berlaku.