PAN, PKR BERGABUNG TAK BERI KESAN, UMNO FOKUS TAWAN SELANGOR - pakdin.my

Sampai sekarang aku tak pernah percaya perkataan FOKUS UMNO Selangor

Penggabungan PAN (Parti Amanah Negara) dan PKR tidak akan memberi sebarang kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Selangor kerana tiada kekuatan yang dilihat daripada hasil gabungan tersebut.

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata mereka akan terus fokus pada gerak kerja menghadapi persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan tidak mengambil kira strategi yang digunapakai oleh pembangkang.

“PAN untuk kacau daun boleh lah, jadi korban untuk pecah belahkan undi Melayu layaklah.

“UMNO tak bimbang tentang gabungan ni. Ada tak ada kami fokus dengan kerja kami,” katanya kepada BNBBC. my portal.

Tambah beliau ini kerana rakyat adalah keutamaan buat BN, bukan kepentingan PH yang perlu dijaga kerana mereka dilihat sudah tidak lagi menghiraukan kebajikan dan masalah dihadapi rakyat negeri tersebut.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terbuka kepada cadangan penggabungan yang dikemukakan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.

Menteri besar Selangor itu berkata, cadangan berkenaan memerlukan lebih banyak perbincangan memandangkan dinamik berbeza antara kedua-dua parti itu.

Timbalan Pengerusi PAN, Salahuddin Ayub berkata, PAN bersama DAP serta PKR membentuk Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN dan peranan parti itu semakin penting susulan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pakatan berkenaan.

Bajet Selangor 2017 Kejar Populariti - Mat Nadzari Ahmad Dahlan

UTAMAPOLITIKPAN, PKR BERGABUNG TAK BERI KESAN, UMNO FOKUS TAWAN SELANGOR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium