24 Disember 2016, sejarah tercatat di persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York. Sesudah 49 tahun, Israel mendiami Tebing Barat secara haram dengan meneroka dan membina rumah, akhirnya UNSC meluluskan resolusi berkaitan Konflik Israel-Palestin (Resolusi 2334) yang menggesa pembinaan haram itu dihentikan.
Resolusi itu diusulkan oleh Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela selepas draf asal yang diusulkan Mesir ditolak bila Israel meminta campur tangan bakal Presiden AS, Donald Trump.
“Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela” kata Dato Seri Najib Razak dalam blognya pada 24 Disember 2016
Perjuangan Malaysia membela dan mempertahankan bumi Palestin akhirnya menemui jalan kejayaan. Di New York juga, iaitu pada 2 Oktober 2015, Dato Seri Najib mengutuk kekejaman Israel ketika berucap pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)
“Kekecewaan dan kemarahan dirasai rakyat Palestin turut dirasai umat Islam di seluruh dunia. Jika dunia terus tidak ambil peduli terhadap penderitaan rakyat Palestin, kita berisiko berdepan dengan satu lagi malapetaka di wilayah diduduki rakyat Palestin.
“Kita gagal mendukung hak untuk menentukan nasib sendiri, yang menjadi asas Pertubuhan Bangsa Bersatu semasa diwujudkan 70 tahun lepas,” kata Dato Seri Najib.
Selepas berucap mengecam Israel inilah, Dato Seri Najib terserempak dengan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel. Gambar terserempak itu dijadikan modal oleh pembangkang di Malaysia untuk menuduh Dato Seri Najib kononnya menjalin kerjasama dengan Netanyahu.
Pada hal menurut akhbar Israel iaitu Haaretz pada 5 Oktober 2015 bahawa
“The photograph was taken by an official Israeli press office photographer and was posted on the prime minister’s official page on the photo sharing site flickr under the title: “PM Netanyahu Meets Malaysian PM Najib Razak.”
Dato Seri Najib juga telah menjawab fitnah tersebut :
“Bukan saya jumpa ..terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap”
“Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja” ujar Dato Seri Najib dalam Berita Harian, 4 Oktober 2015.
Hari ini, Benjamin Netanyahu berasa tidak puas hati dengan resolusi menggesa penempatan Israel dihentikan. Benjamin Netanyahu menjadi tidak keruan. Menurut CNN, Netanyahu membidas Barrack Obama selepas Amerika Syarikat enggan menggunakan kuasa veto untuk menghalang resolusi itu.
Usaha membela umat Islam di Palestin hampir menemui kejayaan. 22 Januari 2013, Dato Seri Najib mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Palestin. Pada waktu itu, semua blog pembangkang mengecam lawatan Dato Seri Najib ke Palestin ini.
Resolusi 2334 yang diluluskan UNSC adalah usaha diplomatik berpanjangan yang telah dilakukan dan diusahakan oleh Dato Seri Najib. Pihak pembangkang marah dan kecam bila Dato Seri Najib main golf, selfie dan naik kereta The Beast bersama Obama.
Mungkin Resolusi 2334 adalah cerminan hasil diplomasi tersebut bila Obama sendiri menolak untuk gunakan kuasa veto halang resolusi 2334. Sesatunya pemimpin dunia yang dapat naik kereta The Beast adalah Dato Seri Najib.
Kalau ikut logik puak pembangkang, Malaysia sudah terjual kepada Amerika Syarikat bila jadi begitu. Yang sebenarnya terjual kepada negara luar adalah pembangkang. Sudah setahun berlalu, namun DAP masih lagi berdiam diri mengenai dana RM1.2 billion yang didakwa disumbang oleh Israel.
Sudah setahun. 29 Disember 2015 yang lepas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS mendakwa dalam Berita Harian bahawa :
a) Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.
b) Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
c) DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD $300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
Tiga dakwaan ini masih lagi belum dijawab oleh DAP. Pada 2 Januari 2016, Malaysiakini, Kit Siang berkata mahu menyaman berkaitan dakwaan Dr Mohd Zuhdi ini. Namun selepas itu terus diam dan sepi.
Bila DAP hendak jelaskan dana RM1.2 billion ini kepada rakyat?
Dato Seri Najib membela dan mempertahankan bumi Palestin dengan begitu bersungguh sungguh hingga resolusi dilulus untuk gesa Israel hentikan pembinaan haram. DAP pula rupanya berpakat dengan pihak luar untuk mendapatkan kuasa di negara ini. Hinggakan ada video tersebar di Youtube semasa PRU13, memperlihatkan sekumpulan orang Yahudi Israel mendoakan kemenangan pembangkang di Malaysia.
Patutlah DAP dan pembangkang hentam teruk Dato Seri Najib bila terserempak dengan Netanyahu di PBB pada tahun lepas. Rupanya DAP mendapat suntikan dana sulit daripada Israel, seperti yang didedahkan Dr Zuhdi.
“Apa hendak jadi, jadilah”, ucapan Dato Seri Najib ini semasa Perhimpunan Agong UMNO 2016 membuat ramai terpukau dan menitis air mata. Semuanya kerana isu umat Islam Rohingya di Myanmar.
Ya, apa hendak jadi jadilah. Kalau bukan seorang yang kuat dan tabah semangatnya Dato Seri Najib tidak akan menjadi Perdana Mneteri Malaysia pertama menjejak kaki ke Gaza pada 2013. Tahun ini hasilnya mulai nampak. Nasib umat Islam di Palestin dan Myanmar dibela dengan sepenuh hati oleh Dato Seri Najib.
Maka sebagai umat Islam, kita wajib pertahankan pemimpin kita dari segala serangan dan adu domba musuh. Lebih lebih lagi bila musuh itu dipercayai mendapat dana daripada musuh Islam iaitu Israel.
Dato Seri Najib layak diangkat sebagai hero umat Islam pada 2016. Perjuangannya terhadap orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia sentiasa konsisten dan berterusan. Hinggakan Netanyahu sendiri pening kepala bila Resolusi 2334 diluluskan.
2016 bakal melabuh tirainya. Kita doakan moga 2017 bakal membawa berita baik untuk umat Islam di Palestin dan Myanmar.
Juga buat umat Islam di Malaysia. Tolak pakatan pembangkang yang bersubahat dengan dana Israel. Bersamalah dengan Dato Seri Najib dan Barisan Nasional untuk membina Malaysia yang lebih baik, makmur dan stabil.