Sunday, July 21, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

[VIDEO] ULAT DALAM SOS CILI DI OLDTOWN WHITE COFFEE - pakdin.my

[VIDEO] ULAT DALAM SOS CILI DI OLDTOWN WHITE COFFEE

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan akan menyiasat dakwaan rangkaian kopitiam popular di Nilai menghidangkan sos cili mengandungi ulat kepada pelanggannya.

Ini berlaku selepas klip video pendek mengenai kejadian itu tersebar di Facebook.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Abdul Rahim Abdullah memberitahu pegawainya akan bekerjasama dengan jabatan penguat kuasa Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk mengesahkan kesahihan video tersebut.

“Jabatan Kesihatan Seremban sedang mengambil tindakan,” katanya dalam mesej WhatsApp.
Beliau berkata, walaupun tiada aduan rasmi dibuat dengan jabatan kesihatan atau majlis, jabatan itu masih boleh menyiasat cawangan berkenaan.

Video berdurasi satu setengah minit, dipos pada halaman Facebook “We Are Malaysian India”, menunjukkan beberapa ekor ulat di dalam piring sos cili.

Pelanggan, yang memfokuskan kepada piring itu, turut merakamkan perbualan ringkas dengan pelayan yang memakai seragam OldTown White Coffee.

Pelayan itu didengar memberitahu pelanggan yang rakaman itu tidak berguna.

Video ini dilihat lebih sejuta kali dan dikongsi di Facebook lebih 20,000 kali.

Sementara itu, dalam post Facebook, OldTown White Coffee berkata ia menyedari kewujudan video itu di laman web rangkaian sosial dan akan menjalankan siasatan.

“Penemuan kami setakat ini mengesahkan ia adalah isu terpencil di cawangan kami di Giant Nilai.

“Kami dalam komunikasi langsung dan aktif dengan pengadu serta sedang berusaha membetulkan isu ini dengan segera.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan yang keutamaan kami adalah kualiti makanan; keselamatan dan kebersihan dan kami sedang melakukan semua yang boleh untuk membetulkan isu ini.”

[VIDEO] Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan – Ahmad Zahid

Kita mahu semua bangsa, agama, dan latar belakang berbeza harus menghormati dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166761

[VIDEO] Ahmad Zahid bantu penunggang motosikal kemalangan

Menerusi perkongsiannya di Twitter rasminya, kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166757

[VIDEO] Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat

Komander Maritim Khairun Dalilah Bahari berkata Rohaimi Ahmad, 47 tahun, Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21 tahun dan Amir Zulfikar Che Wil, 29 tahun ditemui nelayan di Pantai Belawan, Takbai, Thailand. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166750

[VIDEO] Nahas N28JV: Bedah siasat selesai, jenazah diserah kepada wakil keluarga

Kita telah terima ujian DNA hampir kesemua sampel yang dihantar sebelum ini. Kita telah putuskan semalam yang semua mangsa yang terlibat dalam nahas itu telah dikenal pasti dan bersedia untuk diserahkan kepada wakil keluarga pada pagi ini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166732

[VIDEO] Hujan lebat beserta ribut rosakkan beberapa premis sekitar Kota Bharu

Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Cempaka Anis, kejadian tersebut telah merosakkan struktur dan papan tanda beberapa premis perniagaan di bandar itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166728

[VIDEO] Nahas N28JV: Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata satu daripada mayat itu ditemui lengkap iaitu penunggang motosikal, manakala lima lagi mayat ditemui tidak sempurna berkemungkinan penumpang, kru pesawat dan pemandu sebuah kereta. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166724

Apakah CrowdStrike, syarikat yang dikaitkan dengan gangguan sistem global?

Gangguan komputer global yang menjejaskan lapangan terbang, bank dan perniagaan lain pada hari Jumaat 19 Julai 2024 nampaknya berpunca sebahagiannya daripada kemas kini perisian yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber utama AS CrowdStrike.

Gangguan global siber ‘Crowdstrike’ Microsoft menyebabkan penerbangan tergendala dan menjejaskan perniagaan

Gangguan teknologi global telah menjejaskan operasi merentasi pelbagai industri pada hari Jumaat, dengan syarikat penerbangan menghentikan penerbangan, beberapa penyiar tidak beroperasi dan perkhidmatan daripada perbankan kepada penjagaan kesihatan yang dilanda masalah sistem akibat gangguan teknikal ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

[VIDEO] Pennjawat awam direman tujuh hari bagi banntu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartin

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam 15 Julai 2024.

Fasilitator Malaysia yang baharu dilantik untuk rundingan damai selatan Thailand

Kerajaan Malaysia telah melantik fasilitator baharu untuk proses damai di selatan Thailand. Ini berlaku di tengah-tengah gesaan mendesak untuk penilaian semula pelan hala tuju keamanan berikutan lonjakan keganasan yang telah menghancurkan keyakinan orang ramai.

[VIDEO] Bom kereta di flat polis Bannag Sata ‘melemahkan rundingan damai’

Seorang ahli akademik di Yala telah mengkritik apa yang dikatakannya sebagai kemajuan yang lembap dalam rundingan damai di Selatan Selatan berikutan letupan bom kereta di luar rumah pangsa polis di wilayah sempadan selatan ini pada 30 Jun 2024.

[VIDEO] Bom kereta meletup berhampiran flat polis di Bannang Sata

Bom kereta meletup berhampiran flat polis di Bannang Sata, Wilayah Yala, Selatan Thailand menyebabkan 16 orang cedera dan seorang maut.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: