[VIDEO] Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan – Ahmad Zahid - pakdin.my

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar menghormati apa juga agenda yang dibawa kerajaan dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan.

Justeru, beliau berkata agenda dan tema Hari Kebangsaan tahun ini seharusnya diterima oleh semua lapisan masyarakat.

“Kita mahu semua bangsa, agama, dan latar belakang berbeza harus menghormati dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan. Tema dan logo (Hari Kebangsaan) bukti kebersamaan kita sebagai negara maju meliputi segala aspek.

“Kita boleh berbeza pandangan, pegangan dan pendapat, tetapi ada akhlak yang harus kita akui sebagai panduan utama kita. Ada tatacara, perbezaan dan pendapat tidak harus semberono,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada Majlis Penutupan MADANI Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Super Bikers Club (ISBC) sempena Peringatan Hari Polis ke-216 serta Bulan Kemerdekaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Janngan lupa subscribe

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia MADANI sebagai logo rasmi.

BACA juga:

UTAMABERITAAM Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium