Bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 28 Januari 2017 lalu, berlangsungnya sebuah acara yang menghimpunkan para peminat motorsikal di utara tanah air dalam satu acara seharian.
Beribu pemilik dan peminat motor jenis Kawasaki, Honda, Yamaha, Modenas, Vespa dan berbagai lagi telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi sehingga acara habis kira-kira 10 jam selepas itu.
Malangnya, acara yang dianjurkan oleh sekumpulan peminat motor dengan harapan untuk menyatukan silaturrahim antara sesama mereka, sedikit tercalar dengan kehadiran Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Difahamkan, ada di antara penganjur yang secara tiba-tiba membawa Mukhriz untuk hadir ke acara tersebut. Sedangkan, para peminat motor yang memeriahkan acara berkenaan sejak dari pagi hari tiada niat untuk berpolitik, sebaliknya hanya sebagai mengisi masa lapang dan meraikan hobi mereka bersama rakan-rakan lain.
Tidak mustahil dalam ramai-ramai mereka itu, masih ada yang menganggap bahawa Mukhriz masih lagi Menteri Besar Kedah dan ahli Umno kerana rata-rata daripada mereka tidak gemar berpolitik, apatah lagi bukannya menjadi ahli kepada PPBM.
Tindakan sesetengah penyokong PPBM begitu bangga dengan kehadiran ramai peserta di MotoDay 2017 itu dan dikaitkan pula sebagai sokongan keatas Mukhriz merupakan sesuatu yang amat memalukan.
Ramai “mat mat moto” yang marah dalam Facebook dan Twitter bila mereka dikaitkan sekali menyokong parti bunga. “Kami mat moto, kami bukan mat parti bunga” luah seorang mat moto dalam Facebooknya.
Ini bukan kali pertama Mukhriz bertindak ‘hijack’ acara orang lain agar pasukan medianya berperanan memainkan persepsi bahawa Mukhriz disukai ramai anak muda.
Apapun, kita harus sedar bahawa kehadiran peserta pada MotoDay 2017 itu bukanlah ahli PPBM, malah ada dikalangan mereka yang masih belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya.
Mereka hadir hanya sebagai hobi, namun tidak disedari secara tiba-tiba majlis mereka telah di ‘hijack’ oleh orang politik pembangkang. Inilah politik “desperate” geng geng parti bunga.
Kalaulah seramai itu yang sokong parti bunga, sudah tentu penuh Stadium Melawati baru baru ini dengan geng mat motor. Sudah sudahlah menipu “mat moto”. Mukhriz kena mohon maaf balik pada semua “mat moto” itu.