Ahli Majlis Tertinggi PPBM A Kadir Jasin merumuskan bahawa harga petrol di negara kita mahal.
Dia membuat rumusan ini kerana mengikut dia, “Mahal murah sesuatu barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna. Kemampuan pengguna pula bergantung kepada pendapatan.”
Kadir Jasin pula membandingkan harga petrol Malaysia dengan pendapatan penduduk di negara kaya.
“Pendapatan per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia.”
Tetapi peliknya Kadir Jasin tidak pula membuat perbandingan dengan negara lain seperti Thailand dan Indonesia di mana harga petrol mereka jauh lebih tinggi walaupun pendaptan lebih rendah berbanding Malaysia.
Walau apapun, penjelesan Kadir Jasin senang difahami. Oleh itu, kita gunakan cara Kadir Jasin untuk membuat perbandingan harga petrol dan kemampuan rakyat dengan zaman Mahathir.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2017 ialah AS$10,878 dan harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 1990 ialah AS$2,417 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.42 seliter.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2003 pula ialah AS$4,427 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.34 seliter.
Maksudnya, pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 3.5 kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.2 kali lebih tinggi.
Pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 1.56.kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.48 kali lebih tinggi.
Tambahan pula, petrol tahun 2017 yang merupakan RON95 lebih tinggi mutu berbanding petrol RON92 zaman Mahathir.
Nak lebih mudah faham, saya katakan macam ini. Pendapatan Rakyat hanya cukup membeli 5,701 liter pada tahun 1990 dan 12,843 liter tahun 2003 berbanding 21,329 liter petrol yang lebih bermutu tinggi sekarang.
Ini jelas menunjukkan harga petrol zaman Mahathir jauh lebih mahal dan membebankan rakyat Malaysia.
Ini ialah kerana selama 22 tahun, walaupun harga minyak dunia murah dan Mahathir tidak memberi apa-apa subsidi tetapi memungut cukai 58.62 sen setiap liter diatas petrol pula.
Terima kasih Kadir Jasin kerana jelas membuktikan harga petrol zaman Mahathir mahal, kejam dan membebankan rakyat. Tetapi peliknya ialah pada masa itu, Kadir Jasin tidak pernah mengutuk Mahathir.
Hari ini, harga petrol kita ke-17 termurah antara 193 negara didunia tetapi pihak pembangkan tidak pula menyebut hal ini.
Lebih-lebih lagi, harga petrol sekarang jauh lebih mampu dibeli oleh Rakyat Malaysia berbanding dahulu – seperti yang ditunjukkan oleh Kadir Jasin. Ini fakta yang para pembangkang patut mengaku.