Satu-satunya perjanjian “Jual Kepada China” yang Mahathir tidak pernah kmplen atau berani menyebut mengenainya adalah menyelamatkan projek Perwaja Steel yang gagal dan kita menanggung kerugian bernilai RM10 hingga RM15 bilion
Perjanjian menyelamatkan Perwaja Steel ditandatangani pada pertengahan 2015 sejurus Mahathir memulakan serangan terhadap Najib.
Anehnya, beliau berdiam diri mengenai perkara ini dan tidak mengatakan kita menjual negara kepada China.
——-
Perwaja dijangka pulih Mac 2017, Zhiyuan suntik RM1.8b
Perwaja Holdings Bhd (Perwaja) akan menerima suntikan modal RM1.8 bilion daripada TianJin Zhiyuan Investment Group Co Ltd (Zhiyuan) melalui langganan terbitan khas saham bagi memulihkan kewangan pengeluar produk keluli bersepadu terbesar itu.
Pengarah, Datuk Alan Ong, berkata langkah itu terkandung dalam Perjanjian Rangka Induk (MFA) antara Perwaja dan syarikat China terbabit.
Beliau berkata, MFA itu akan menggantikan Memorandum Perjanjian Perwaja yang dibuat dengan Zhiyuan pada 11 Februari lalu dan memorandum perjanjian kedua pada 29 April lalu.
“Kumpulan dijangka pulih pada Mac 2017 apabila langkah korporat itu selesai dilaksanakan,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian rangka kerja induk (MFA) dengan unit Zhiyuan, Zhiyuan International Investment and Holding Group (Hong Kong) Co Ltd, di sini hari ini.
MFA itu akan menggantikan memorandum perjanjian pertama dan kedua, perjanjian pajakan yang telah ditandatangani beberapa bulan lepas, serta membentuk hasrat dan persefahaman pihak-pihak berkenaan berkaitan langkah menyusun dan menggiatkan semula Perwaja Group.
Ong berkata, Zhiyuan akan menguasai 37 peratus pegangan dalam Perwaja pada peringkat awal dan akan meningkat kepada 64 peratus apabila selesai pelaksanaan perjanjian itu, manakala pegangan bagi pemegang semasa, Kinsteel Bhd dan Maju Holding Sdn Bhd akan dikurangkan kepada 25 peratus daripada 64 peratus pada masa ini.
Baca seterusnya disini:
https://pakdin.my/perwaja-dijangka-pulih-mac-2017-zhiyuan-suntik-rm1-8b/