Klip video ‘Sembang Rakyat – Kedai 1Malaysia’ yang disiarkan di laman web Youtube merupakan satu penipuan dan fitnah ke atas DAP, kata setiausaha politik kepada setiausaha Agung parti itu, Zairil Khir Johari.
Sehuhungan itu, Zairil (kiri) membuat laporan mendesak polis menyiasat pembikin video berkenaan di Balai Polis Tun H S Lee di Kuala Lumpur petang ini.Video yang dihasilkan atas atas nama 1Malaysia itu menuduh DAP sebagai dalang yang menyuruh semua peniaga Cina menaikkan harga barang supaya rakyat sengsara.
Ia dimuatnaik oleh orang yang menggunakan nama gelaran Kawasaki9722, mendakwa DAP mewakili peniaga-peniaga Cina menaikan harga barang di Malaysia.
Nampaknya DAP dah kepanasan dengan video tersebut.