UtamaPOLITIKShahrir Jawab Isu Akaun...

Shahrir Jawab Isu Akaun Pemulihan Ladang, Serangan Ulat Bungkus - pakdin.my

FELDA memberi jaminan bahawa agensi itu tetap memberi keutamaan bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan peneroka termasuk membantu memulihkan ladang yang terjejas akibat bencana alam, serangan penyakit dan perosak.

Pengerusi, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata langkah membantu peneroka itu selain ditanggung oleh FELDA, turut menggunakan dana daripada Akaun Pemulihan Ladang yang diwujudkan sejak tahun 1972.

“Akaun Pemulihan Ladang ini juga disebut sebagai Insurans Ladang di dalam resit nota serahan peneroka. Kadar caruman yang dikenakan kepada peneroka adalah sebanyak RM10 bagi setiap ekar setahun dan potongan dibuat secara bulanan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya kos bagi membantu memulihkan ladang yang terjejas setiap tahun adalah tinggi dan kebiasaannya dana yang dikutip menerusi insurans ladang tidak mencukupi bagi tujuan itu.

“Pada tahun 2016 sahaja, caruman sebanyak RM4.5 juta dikutip daripada peneroka manakala sebanyak RM7.24 juta telah dibelanjakan bagi pemulihan akibat bencana alam, serangan penyakit dan perosak.

“FELDA telah menanggung lebihan kos tuntutan daripada caruman bagi melindungi kepentingan kebun peneroka hampir setiap tahun,” katanya.

Shahrir berkata beliau sedar mengenai dakwaan terbaharu yang dibuat sekumpulan peneroka yang tidak berpuas hati berhubung usaha Felda membantu menangani kes serangan ulat bungkus di ladang mereka apabila mendakwa Insurans Ladang itu tidak wujud dan FELDA menipu kutipan caruman bulanan itu.

Menjawab tuduhan itu, beliau berkata dakwaan kumpulan peneroka dari Gugusan Hulu Selangor, Besut dan Trolak itu tidak benar malahan pengurusan FELDA mengadakan pertemuan dengan peneroka terjejas pada 4 Ogos lalu serta membantu mereka berdasarkan program pemulihan yang ditetapkan seperti semburan racun, suntikan batang dan dalam kes tertentu diganti tanaman baharu.

Beliau berkata Akaun Pemulihan Ladang itu adalah satu rekod khas yang diaudit setiap tahun oleh juruaudit yang dilantik oleh Jabatan Audit Negara serta mengikut Piawaian Laporan Kewangan Negara.

Bagaimanapun, Shahrir mengakui terma Insurans Ladang yang digunakan di dalam resit nota serahan peneroka bagi caruman Akaun Pemulihan Ladang ini telah menimbulkan kekeliruan dan sehubungan itu pengurusan FELDA telah mengenal pasti kelemahan dan akan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kekeliruan itu

Beliau juga memohon para peneroka untuk mendapatkan penjelasan terus daripada pengurusan FELDA berhubung sesuatu masalah dan tidak menularkan isu-isu yang tidak berasas hingga menjejaskan keharmonian dalam kalangan peneroka.

Dalam perkembangan lain, Shahrir berkata kerja-kerja bagi mengawal serangan ulat bungkus di FELDA Gugusan Hulu Selangor disambung semula pada Julai selepas tindakan kawalan selama enam bulan sebelum ini berakhir Mei lalu.

Beliau berkata kerja-kerja pengawalan yang menggunakan teknik suntikan batang bermula Disember tahun lalu dihentikan sementara kerana tahap hidup ulat bungkus yang tidak sesuai untuk kerja-kerja kawalan.

“Pada Julai tahun ini, kawalan dimulakan sebaik sahaja tahap hidup ulat itu berada pada tahap yang aktif. Setiap kawalan yang dibuat adalah berdasarkan bancian ulat bungkus yang sesuai dan kerja-kerja sentiasa dipantau pihak pengurusan rancangan,” katanya bagi menjelaskan dakwaan bahawa FELDA lewat bertindak dalam menangani serangan ulat bungkus di kawasan berkenaan.

Shahrir berkata sejak November tahun lalu sehingga kini, kira-kira 2,000 hektar kawasan kebun di gugusan itu terjejas akibat serangan ulat bungkus yang berulang akibat faktor luar jangka seperti bawaan angin, haiwan dan kenderaan.

Beliau berkata Felda telah mengambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) termasuk menjalankan bancian setiap dua minggu bagi memastikan kawalan adalah efektif dan serangan tidak merebak.

“Selain kawalan perosak yang dilaksanakan secara berterusan, Felda turut menyediakan latihan berkala kepada petugas dan masyarakat setempat berkaitan kawalan ulat bungkus dan kawalan bencana lain,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...