myKMU.net
Penulis tersenyum simpul membaca artikel dan berita-berita yang disiarkan mengenai Saudara Khairi Jamaluddin bin Abu Bakar yang mengesahkan tidak akan mempetahankan kerusi Parlimen Rembau, akan “pergi belajar” dan “berehat dari arena politik tanah air”. Riak kata dan kelelakian seorang lelaki terletak pada “kata yang di kota”. Oleh itu, sukalah penulis menuntut agar lulusan Oxford yang lebih dikenali sebagai “KJ” ini mengotakan kata-katanya.
Penulis begitu teruja dengan kenyataan KJ yang di antaranya menyebut…
“Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran.”
Pada penulis, wujud signifikan yang tersendiri pada perkataan “menyambung pelajaran” yang dinyatakan oleh Khairi Jamaluddin tersebut.
Penulis teringat pada kenyataan Fairuz, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyatakan akan “menyambung pelajaran”. Namun setelah dia meletakkan jawatan nombor 2 di Pulau Pinang tersebut, dia hilang entah ke mana. Setelah dikesan, Fairuz rupanya mempunyai konflik dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS. Dia meletak jawatan dan jarang-jarang sekali menjengah arena politik negara. Jika ada pun, hanya di pertemuan tertutup bersama UMNO meluahkan ketidak puasan hatinya. UMNO pun dengar sajalah…
Perkataan “menyambung pelajaran” ini agak istimewa. Adakah ungkapan “menyambung pelajaran” merupakan “kod” terbaru yang digunakan oleh orang politik untuk “bersara” dari medan politik negara? Harap-harap anggapan penulis ini tepat dan digunapakai oleh Khairi Jamaluddin.
Terima kasih penulis ucapkan kepada Khairi Jamaluddin kerana menyebabkan Pak Lah meletak jawatan dan menyerahkan jawatan kepada yang lebih berhak. Penulis suka mengingatkan KJ agar terus menutup buku politiknya. KJ bukanlah sesuai dengan kerjaya ahli politik. Dia lebih sesuai menjadi “model”, “pelakon” atau yang lebih afdhal menjadi “maskot pusat pemuliharaan orang utan” di Sepilok, Sabah!
KJ selama ini cukup menjejaskan imej UMNO. Di dalam tempoh beberapa tahun sahaja, KJ berjaya menjadi salah satu faktor terbesar BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan kalah di beberapa buah negeri. PRK-PRK yang dihadirinya majoritinya BN kalah! Penulis enggan mengungkit kembali kerosakan-kerosakan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini kepada UMNO. Terlalu banyak! Risau kalau pembaca terpaksa mengambil masa sampai esok padi untuk membacanya.
Pergilah Khairi. Dengan sukacitanya penulis melepaskan diri mu pergi. Tiada siapa yang akan menangisi pemergian mu. Mungkin hanya “omak” dan “balaci-balaci” mu sahaja yang akan terasa kehilangan. “Omak” mu akan kehilangan adu domba dari mu tentang kami yang mengutuk dan mendedahkan kerosakan yang kamu lakukan. Balaci-balaci mu pula bakal kehilangan “sumber pendapatan”. Pastinya mereka akan mencari “tuan baru”. Siapa mahu bertuankan “bekas balaci-balaci KJ, sila “booking” cepat. Ada yang mahu?
Pada KJ, penulis mengucapkan selamat “menyambung pelajaran”. Semoga lulus peperiksaan dengan “flying colours”! Jangan malukan “baba” dan “omak” mu bila di perantauan kelak. Seperkara lagi, jangan malukan Malaysia dan mengutuk negara pula di sana. Jangan diikut perangai Anwar menjadi “chameleon” di negara orang. Jangan disia-siakan budak Nori itu setelah gagal menjadi PM pada usia 40 tahun. Ingatlah sama pada jasa Pak Lah dan Nori yang meng”kaya”kan diri mu dahulu.
Jangan lupa minta maaf pada Pak Lah. Teruk imej bapa mertua mu itu kamu kerjakan! Jangan lupa juga minta maaf pada kontraktor-kontraktor yang kamu “kapur”kan dulu. Jangan lupa minta ampun dan maaf pada Tun Dr. Mahathir, kamu banyak buat salah padanya. Jangan lupa minta maaf pada calon-calon Ketua Pemuda Malaysia yang kamu kalahkan dengan “rasuah” tempohari. Jangan lupa minta maaf pada semua ahli-ahli UMNO, khususnya Pemuda UMNO yang kamu “pondan”kan dibawah kepimpinan kamu.
Jangan lupa minta maaf pada semua parti komponen BN dan penyokong-penyokong Kerajaan BN. Jangan lupa pada rakyat Malaysia, khususnya di Rembau. Jangan lupa minta maaf pada skandal dan pasangan gossip kamu (Maya Karin). Jangan lupa minta maaf pada GLC-GLC Kerajaan. Jangan lupa minta maaf pada Dato’ Seri Najib dan semua kepimpinan UMNO/BN yang cuba kamu sabotaj dulu…
Dan yang paling utama, jangan lupa memohon ampun dan maaf dari Allah S.W.T. Kamu banyak dosa barangkali, maka mungkin sebab itulah Allah tidak kabulkan cita-cita kamu menjadi PM pada usia 40 tahun. Kamu harus bertaubat segera. Dan paling akhir, bersaralah selamanya…insyaAllah!