Kerajaan BN Berjaya Stabilkan Harga Minyak

Minggu lepas ramai yang menjadi pakar ekonomi segera di Facebook dan Whatsapp bila minyak RON95 naik 7 sen. Bermacam macam teori keluar dan diperbincangkan. Lebih hangat dari perbincangan dalam Dewan Rakyat.

Namun segala yang panas itu hanyalah bertahan selama 2 hari sahaja, selepas itu diam balik. Semua pakar ekonomi itu menjadi pakar gambar pula bila semua sibuk menafsirkan apa maksud di sebalik lawatan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid ke hospital menziarahi Anwar Ibrahim.

Pakar pakar ekonomi pembangkang di Facebook tidak membawa isu harga minyak ini ke mana mana pun. Semalam, dalam satu kenyataan media, Kementerian Kewangan telah menyatakan bahawa kerajaan akan masuk campur dan akan mengenal pasti langkah bersesuai­an sekiranya harga runcit RON95 dan diesel mele­bihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.

“Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini telah mencecah lebih AS$60 (RM249) setong. Berdasarkan kepada trend kenaikan harga minyak mentah dunia sejak kebelakangan ini, kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan itu,”  menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Dua minggu berturut turut, harga minyak naik 7 sen dan menjadi RM2.38 seliter pada minggu lepas. Hakikatnya, sejak diperkenalkan penetapan harga minyak mingguan ini sejak 6 April 2017, sudah 12 kali harga minyak turun sebanyak 74 sen. Manakala sejumlah 20 kali harga minyak naik sejumlah 82 sen. Jika dihitung kembali ianya baru mahal 8 sen berbanding harga sebelum penetapan harga mingguan ini.

Diulangi kembali, baru 8 sen. Sebelum ini kami ada mengulas apakah kenaikan harga minyak ini amat amat menekan rakyat? Mana lagi penting, beri subsidi BR1M atau beri subsidi minyak? Baca ulasan ini,

https://pakdin.my/beri-subsidi-br1m-atau-subsidi-minyak/

Jangan mudah beremosi dan marah sebelum mengira dengan habis satu persatu. Menurut data Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sehingga 30 Jun 2017, jumlah kenderaan di jalan raya berjumlah 28,181,203 juta unit.

Terdapat 13,288,797 juta kereta dan 12,933,042 juta motosikal yang didaftarkan, serta 185,035 kenderaan perkhidmatan awam (PSV) termasuk bas, teksi dan kenderaan sewa persendirian.

Di negara kita ini, sejumlah 760,000 tong minyak mentah digunakan sehari. Ini bermakna bahan bakar digunakan dalam sehari adalah 760,000 x 159 = 120,840,000 liter sehari. Kalau diberi subsidi 1 sen untuk seliter, maka kerajaan perlu membayar RM1,208,400 untuk 1sen.

Kalau 10 sen subsidi, bermakna bagi sehari kerajaan kena bayar RM12,084,000. Bagi tempoh setahun, RM1,208,400 x 365 hari = RM441,066,000 bagi satu sen, Jika 10 sen jumlahnya akan jadi RM4.41billion.

Kalau beri subsidi 50 sen seliter, jumlahnya akan menjadi RM22 billion atau hampir separuh dari jumlah peruntukan pembangunan dalam Bajet 2018. Nilai RM22 billion ini adalah sama dengan nilai jumlah keseluruhan eksport “crude oil” Malaysia pada tahun 2016.

Hanya untuk subsidi minyak habiskan RM22 billion. Semua orang dapat subsidi minyak ini, termasuklah yang naik kereta mewah, Buggati Veyron, Bentley, Jaguar dan Porshe Cayanne. Lebih baik beri subsidi tersasar kepada mereka yang memerlukan sahaja, bukan mereka yang anggap BR1M sebagai rasuah dan dedak.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dalam satu forum pada Ahad lepas menyatakan kerajaan BN pusat masih memberi subsidi kepada rakyat berjumlah RM86 billion secara keseluruhannya.

“Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, subsidi secara langsung yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat adalah sebanyak RM26 bilion. Ia diberikan melalui pelbagai skim subsidi. Manakala subsidi secara tidak langsung yang diberikan oleh kerajaan pula berjumlah RM60 bilion” kata Datuk Seri Johari.

Seorang pelajar sekolah di Malaysia masih mendapat subsidi kerajaan berjumlah RM700 sebulan manakala di universiti pula subsidi kerajaan untuk 670,000 orang pelajar di IPTA adalah berjumlah RM1,700 sebulan. Pemberian subsidi sebegini lebih tersasar dan dapat ke tangan mereka yang benar benar memerlukan.

Jika hendak dihabiskan RM22 billion kepada minyak sahaja ianya bukan satu langkah yang bijak dan produktif untuk ekonomi negara. Venezuela minyaknya adalah yang paling murah di dunia, namun pembangunan ekonomi di Venezuela adalah negatif dua belas peratus.

Hari ini, kerajaan Malaysia sudah berjaya mencari penyelesaian tentang harga minyak. Harga minyak di negara ini masih di tangga ke-17 termurah di dunia. Kerajaan sudah menyatakan akan masuk campur jika harga minyak melebihi RM2.50 sen secara berterusan selama tiga bulan.

Pembangkang sekarang tidak lagi janji hendak turun harga minyak macam dahulu. Mereka cakap hanya mahu stabilkan harga minyak sahaja. Buat apa lagi percaya kalau tukar kerajaan maka harga minyak boleh stabil atau turun. Itu hanya janji yang belum tentu ditepati.

Kerajaan yang ada sekarang sudah terbukti dan berjaya stabilkan harga minyak pada kadar yang berpatutan untuk rakyat Malaysia.

*************

Rujukan:

MALAYSIA SEKARANG NEGARA PENGIMPORT MINYAK BERSIH – BUKAN PENGELUAR

https://pakdin.my/malaysia-sekarang-negara-pengimport-minyak-bersih-bukan-pengeluar/

Subsidi Minyak Kini Diagih Secara Tidak Adil – @NajibRazak (video)

https://pakdin.my/subsidi-minyak-kini-diagih-secara-tidak-adil-najibrazak/

PROTUN TAK TAHU KE ZAMAN MAHATHIR TIADA SUBSIDI GULA, MINYAK MASAK DAN BAHAN API DIKENAKAN CUKAI

https://pakdin.my/protun-tak-tahu-ke-zaman-mahathir-tiada-subsidi-gula-minyak-masak-dan-bahan-api-dikenakan-cukai/

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...