Hari ini adalah hari pertama GST 5% diperkenalkan di UAE dan Arab Saudi.
Mereka tidak mempunyai pilihan kerana kedua-dua negara perlu menyelamatkan 1UAEDB dan 1SADB (mengikut logik Pakatan selamatkan 1MDB).
Memandangkan petrol di kedua-dua negara juga dikenakan GST, harga petrol UAE akan lebih mahal dari Malaysia mulai hari ini.
Terdapat juga laporan berita yang belum disahkan oleh kumpulan media Saudi, Saudi Gazette bahawa, Arab Saudi juga menaikkan harga petrol (termasuk GST) menjadikan harga lebihkurang sama dengan Malaysia.
Tarif elektrik domestik di Saudi turut meningkat tiga kali ganda pada hari ini.
—-
Rujukan:
UAE, Saudi Arabia impose 5pc VAT under new taxation system
https://www.thenews.com.pk/print/262941-uae-saudi-arabia-impose-5pc-vat-under-new-taxation-system