Laporan sampah dari Sarawak Report memfitnah KWSP

Laporan Sarawak hari ini membuat “pendedahan” bertaraf paling sampah yang pernah saya baca. Bahagian atas kepala surat tanpa menunjukkan bahagian bawah. Halaman dari surat berbilang halaman tanpa kepala dan tiada ekor.

Imej: http://bit.ly/2HUucb9

Dan mereka juga menyiarkan nombor akaun RHB dengan 15 digit (nombor akaun RHB adalah 14 angka lah ..)

Bagaimanapun, KWSP telah mengeluarkan kenyataan penafian terhadap laporan sampah dari Sarawak Report.

LSS


KWSP sangkal dakwaan Sarawak Report

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyangkal keras dakwaan portal berita dalam talian, Sarawak Report, dalam catatan blog dan Facebooknya semalam.

KWSP, dalam satu kenyataan semalam, berkata ia tidak pernah berurusan mahupun memeterai sebarang perjanjian dengan Limage Holdings SA, Limage Southwest Holdings, individu yang dikenali sebagai Mr Matrai atau mana-mana pihak seperti yang dinyatakan oleh Sarawak Report.

“Justeru, tiada sebarang pemindahan bon atau dana seumpamanya kepada mana-mana syarikat, pihak atau individu seperti yang dinyatakan di atas berlaku seperti yang didakwa,” katanya.

Berdasarkan kenyataan dana pencen awam itu, satu ‘Surat Ganti Rugi’ palsu bertarikh 20 Ogos, 2015, yang dialamatkan kepada Gyorgy Matrai of Limage Holding S.A. mendakwa satu perjanjian antara KWSP dan Limage Holdings S.A. sudah dimaklumkan kepada KWSP pada 26 Oktober, 2015.

“Oleh sebab ini jelas menunjukkan dokumen yang dipalsukan, KWSP membuat laporan polis pada 28 Oktober, 2015,” katanya.

Satu ‘Surat Lantikan’ bertajuk “Development and Construction of Integrated Medical City Project For EPF” daripada TripleNiceTales Sdn Bhd bertarikh 18 Mei, 2015, dimaklumkan kepada KWSP pada 24 Februari, 2016.

Memandangkan terdapat pihak ketiga yang menyalahgunakan nama KWSP dan kecurigaan membabitkan penipuan, KWSP berkata ia membuat laporan polis pada 26 Februari, 2016, menyatakan yang KWSP tidak tahu menahu mahupun terbabit dalam urus niaga seperti yang dirujuk dalam ‘Surat Lantikan’ itu.

“Pembabitan Ladylaw Securities Pte Ltd dan Nic Manikis dimaklumkan kepada KWSP pada 20 Januari 2017, dan laporan polis dibuat pada 23 Januari 2017, menyatakan KWSP tidak tahu menahu mahupun terbabit dalam mana-mana urus niaga pelaburan dengan Ladylaw Securities ataupun Nik Manikis,” katanya.

KWSP menegaskan, sebarang skim seumpamanya tidak akan melepasi rangka kerja tadbir urusnya yang kukuh dan mantap.

“Sebelum mana-mana keputusan pelaburan dibuat, proses tadbir urus kami memerlukan semua cadangan yang tertakluk kepada penilaian risiko ketat dan kajian terperinci oleh pengurusan.

“Semua kelulusan perlu melalui Jawatankuasa Pelaburan pengurusan bagi mendapatkan sokongan sebelum dikemukakan kepada Panel Pelaburan bagi kelulusan akhir,” kata KWSP.

Panel Pelaburan itu dianggotai profesional industri, pegawai kanan pengurusan KWSP, Bank Negara Malaysia dan kerajaan.

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1440220

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...