LRT3: Najib sangkal dakwaan Lim Guan Eng - pakdin.my

#KERAjaanTomato #FaktaBukanAuta #UneducatedMinister #PakatanHarapanPenipu

Dato’ Seri Najib Tun Razak menyangkal kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang melabelkan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sebagai ‘mini 1MDB’ dan terdapat fail tersembunyi dalam pelaksanaannya.
Beliau menjelaskan, projek itu juga tidak menelan belanja RM31.65 bilion seperti didakwa Guan Eng.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang melabelkan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sebagai ‘mini 1MDB’ dan terdapat fail tersembunyi dalam pelaksanaannya.

Beliau menjelaskan, projek itu juga tidak menelan belanja RM31.65 bilion seperti didakwa Guan Eng.

“Tiada kelulusan diberikan dan permintaan mereka ditolak. Apabila agensi memohon peruntukan tidak bermakna kerajaan akan menerimanya. Malah lebih banyak yang kita tolak berbanding terima.

“Tiada kelulusan diberikan, noktah. Tiada kontrak bernilai RM15 bilion atau RM31 bilion yang ditandatangani malah surat yang meminta tambahan RM22 bilion itu tak pernah sampai kepada saya, sedangkan saya adalah Menteri Kewangan pada masa itu,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng melabelkan projek pembinaan LRT3 sebagai ‘mini 1MDB’ dengan mendakwa kos sebenar projek 37 kilometer yang menghubungkan Klang dan Petaling Jaya itu disembunyikan.

Menurut Menteri Kewangan itu, LRT3 juga dikategorikan sebagai fail tersembunyi dan kos sebenar projek itu ialah RM32 bilion tetapi hanya dinyatakan sebagai RM10 bilion.

Sementara itu, jelas Najib, ketika surat daripada Prasarana itu diterima, ia sudah begitu hampir dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan mustahil untuk kerajaan ketika itu memberi kelulusan kerana perlu dipertimbangkan dan kemudian diluluskan Majlis Ekonomi Negara dan kemudian dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan.

………..
https://pakdin.my/tag/lrt3

UTAMAEKONOMILRT3: Najib sangkal dakwaan Lim Guan Eng

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium