Rafizi tidak percaya pegawai Mat Sabu dapat biaya ‘crowdfunding’ - pakdin.my

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau sukar mempercayai wang diperolehi pegawai kanan Mohamad Sabu bagi membebaskannya daripada status muflis diperoleh melalui biaya khalayak (crowdfunding).

“Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil daripada biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut daripada status muflis.

“Saya sukar menerima alasan ini kerana saya tahu seorang lagi pemimpin AMANAH belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan beliau lebih dikenali daripada pembantu Mohamad Sabu,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Naib Presiden PKR itu melampirkan dokumen bayaran berjumlah RM800,000 itu yang menunjukkan pegawai itu didakwa menerima empat bayaran “meragukan” berjumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000; dan RM100,800, dalam masa dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2018.

Beliau mengulas laporan berhubung pegawai tersebut yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk menyelesaikan hutangnya.

BACA: SPRM siasat orang kuat Mat Sabu susulan ‘bantuan RM800k’ https://pakdin.my/sprm-siasat-orang-kuat-mat-sabu-susulan-bantuan-rm800k/

Sumber mendakwa pembantu itu telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu, tetapi hutangnya diselesaikan hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri.

Hari ini, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau mengalu-alukan siasatan SPRM dan tidak akan berkompromi dalam soal integriti.

Presiden PAN itu berkata akan memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM dan pegawainya perlu dibawa ke mahkamah jika terdapat cukup bukti tentang dakwaan itu.

UTAMABERITARafizi tidak percaya pegawai Mat Sabu dapat biaya 'crowdfunding'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium