BERITAEKONOMIUMNO tolak usaha penjualan aset Khazanah, PNB - Zahid

UMNO tolak usaha penjualan aset Khazanah, PNB – Zahid

UMNO menolak sebarang usaha penjualan aset Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Perkara itu ditegaskan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau hari ini.

“PNB merupakan agensi amanah bumiputera di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera.

“Justeru, sebarang penjualan untuk melepaskan hak pemegangan ekuiti akan jejaskan peratusan ekuiti portfolio untuk sim-skim saham amanah di bawahnya,” kata beliau.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua kelmarin memberitahu, Khazanah dan PNB dijangka mengkaji semula dan mencairkan beberapa aset tidak strategik sebagai sebahagian dariapda langkah penjimatan kerajaan.

………….
Rujukan:

https://pakdin.my/tag/khazanah-nasional
https://pakdin.my/tag/zahid-hamidi

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Surat Suai Kenal Jadi Teori Konspirasi: English Lemah atau Sengaja Buta Huruf?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami