Penghibur antarabangsa yang popular pada 1990-an Sinead O’Connor mengumum memeluk Islam dan kini dikenali Shuhada’ Davitt.
Terkenal dengan lagu Nothing Compares 2U, penyanyi Ireland itu mengumumkan penghijrahannya dan memakai nama itu di Twitter pada 19 Oktober, lapor Lancashire Telegraph.
“Ini untuk mengisytiharkan saya bangga menjadi seorang Muslim. Ia adalah keputusan semula jadi bagi seseorang yang mengkaji ilmu ketuhanan.
“Semua kitab suci menjurus ke arah Islam, ini menjadikan semua kitab suci lain tidak lagi diperlukan,” coret penyanyi itu, 51 tahun, di media sosial itu.
Kini berhijab, O’Connor dalam satu klip video mengumandangkan azan tetapi kemudiannya memohon maaf kerana ada sebutannya silap.
Beliau ada sejarah masalah kesihatan mental dan pernah ditahan di hospital bagi penilaian tahap kesihatan mental selepas mengambil pil yang banyak.
Happy pic.twitter.com/VkJsj2IFAi
— Sinead O'Connor (AKA Shuhada Sadaqat) (@MagdaDavitt77) October 23, 2018