UtamaEKONOMIFundMyHome: Nak membantu siapa?...

FundMyHome: Nak membantu siapa? Rakyat atau pemaju? - pakdin.my

Bayar 20 peratus, tinggal percuma 5 tahun

Saya baca tajuk berita ini, saya ikhlas nak beri dia tepukan.

Hari ini saya nak sambung komen mengenai Skim FundMyHome yang dilancar baru-baru ini dan yang diwar-warkan oleh Menteri Kewangan.

Ya, meskipun belum jelas sama ada mendapat kelulusan pihak berkuasa, tapi dah ada senarai hartanah untuk dijual.

Seolah-olah dah tahu lama dan bersiap sedia untuk dipasarkan.

Memang hebatlah cara promosi.

1) Bayar 20 peratus harga rumah kemudian tidak perlu bayar apa-apa untuk 5 tahun.

2) Baki 80 peratus dibayar peminjam dana/pelabur/institusi kewangan.

3) Mengikut laporan, ‘deposit’ atau bayaran pendahuluan 20 peratus yang dibayar oleh saudara-saudari akan diletakkan dalam satu akaun amanah (trust account) dan akan diguna untuk bayar sebagai pulangan pelaburan 5 peratus setiap tahun kepada peminjam dana/pelabur/institusi kewangan selama 5 tahun.

4) Jika nilai rumah meningkat dalam masa 5 tahun ini, peningkatannya dikongsi dengan peminjam dana 80%.

5) Jika nilai rumah menurun dalam masa 5 tahun ini, ia ditanggung oleh pembeli rumah (maknanya saudara-saudari lah)

6) Selepas 5 tahun, pembeli rumah boleh membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut (keuntungan dikongsi dengan peminjam dana 80%).

7) Selepas 5 tahun, jika tidak ingin jual, saudara-saudari boleh memiliki rumah tersebut sepenuhnya dengan membuat pinjaman perumahan mengikut nilai pasaran.

Sebenarnya, skim ini nak membantu siapa? Rakyat atau pemaju?

Saya rasa Menteri Kewangan perlu tanya diri.

1) Jika pembeli rumah mampu membayar 20 peratus “deposit”, mengapa pembeli rumah tersebut tidak dapat membeli rumah selama ini dan tidak mendapat pinjaman daripada bank?

2) Mengapa pelabur/peminjam dana masih berkongsi keuntungan dengan pembeli rumah jika pembeli berhasrat menjual selepas 5 tahun? Sedangkan sepanjang 5 tahun tersebut, pelabur/peminjam dana telah menerima pulangan pelaburan 5 peratus setiap tahun selama 5 tahun daripada “deposit” 20 peratus yang dibayar oleh pembeli.

3) Perlu diingatkan juga bahawa banyak projek perumahan hari ini yang disertakan dengan pelbagai diskaun. Apa yang akan terjadi kepada semua ini dengan skim FundMyHome seperti ini? Lesap?

4) Selepas 5 tahun, pembeli rumah tetap kena pergi ke bank dan membuat pinjaman perumahan. Dan pada harga pasaran ketika itu! Jika pada masa itu pembeli rumah masih tidak mampu memiliki rumah dan membuat bayaran ansuran setiap bulan, apa akan terjadi kepada mereka? Dihalau keluar dari rumah?

5) Apa jadi selepas tamat tempoh 5 tahun dan harga hartanah tidak meningkat seperti yang diharapkan? Ditanggung oleh pembeli?

Saya ulang soalan utama saya. Sebenarnya, skim ini nak membantu siapa? Rakyat atau pemaju?

Facebook Najib Razak

……………..

Tulisan sebelumnya:

FUNDMYHOME

Saya kagum.

2 Nov: Bajet 2019 umum Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat (property crowdfunding) yang dipacu oleh sektor swasta.

4 Nov: Platform FundMyHome hak milik sebuah syarikat swasta dilancarkan terus

5 Nov: Suruhanjaya Sekuriti keluar kenyataan “Kami akan menyemak butiran struktur yang dicadangkan…”

Dalam kata mudah,

– Jumaat petang bentang Bajet 2019

– Ahad dah lancar platform

– Isnin pula Suruhanjaya Sekuriti kata akan menyemak butiran.

Ada pihak tertentu macam tahu-tahu saja skim ini akan diumum.

Saya rasa sama seperti banyak perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, kesemua ini sebenarnya masih belum ada perancangan rapi atau masih dalam peringkat kajian.

Malah, tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Saya ada sedikit kegusaran mengenai skim perumahan ini.

Insya-Allah saya akan kongsi lagi pendapat saya mengenainya.

Facebook Najib Razak

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988

[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Jika sabit kesalahan boleh kenakan dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161972

[VIDEO] Tujuh kedai makan di astaka berusia 38 tahun terbakar

Saya menyedari api menyambar kedai makan di sebelah dan dalam keadaan panik, saya hanya sempat mengangkat dua tong gas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161960