Bayangkan belum masuk tahun baru sudah terpaksa umum peruntukan luar bajet yang mencecah ratusan juta. Sampai hujung tahun depan entah berapa bilion lagi defisit yang akan berlaku kerana sikap semberono Menteri kewangan menyediakan Bajet 2019.
Orang kuat Media Prima, Mustapha Kamil, menulis bahawa tiada perkara baharu dalam Bajet 2019 kerana duit telah habis bayar hutang.
Agaknya semacam sumpahan bila makan dedak sahaja terus ternampak tidak cerdik.
Bagaimana beliau boleh mendakwa duit telah habis sedangkan Bajet 2019 adalah bajet terbesar pernah dibentangkan iaitu RM314.5 bilion berbanding Bajet 2018 hanya RM280.15 bilion.