Saturday, June 22, 2024
27.7 C
Kuala Lumpur

Peristiwa memberi pengajaran

Lelong aset negara kepada Jepun

Ramai tidak tahu bahawa Malaysia di bawah kerajaan BN dahulu memiliki kumpulan hospital kedua terbesar di dunia.

Ketika saya dilantik Perdana Menteri pada tahun 2009, Khazanah memiliki kumpulan hospital Pantai. Pada masa itu, kumpulan ini hanya bernilai RM5.2 bilion.

Seterusnya, kumpulan ini terus berkembang termasuk pembelian kumpulan hospital Singapura bernama Parkway, di mana Khazanah menstruktur semula pegangan aset hospital mereka menjadi IHH Berhad pada tahun 2010.

Selepas kumpulan ini disenaraikan (IPO) di Bursa Malaysia pada tahun 2012, nilai IHH Berhad meningkat menjadi RM25.6 bilion.

IPO untuk IHH Berhad merupakan IPO ketiga terbesar di dunia untuk tahun itu.

IHH Berhad terus berkembang selepas disenaraikan dengan pembelian kumpulan hospital di negara asing.

Hari ini, IHH Berhad dianggarkan bernilai RM50 bilion dan memiliki kumpulan hospital terbesar di Malaysia dengan 14 buah hospital, 4 hospital di Singapura, 21 hospital di Turki dan 9 hospital di India.

Ini antara faktor, aset Khazanah telah naik dari RM33.7 bilion pada akhir 2008 kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017.

Selama ini, IHH Berhad dikenali sebagai kumpulan hospital Malaysia kerana Khazanah Nasional merupakan pemegang saham terbesar dan Khazanah yang mengawal halatuju IHH Berhad.

Pengerusi IHH Berhad juga anak Malaysia, bermula dengan Tan Sri Dato’ Dr Abu Bakar Suleiman sehingga beliau bersara pada akhir tahun lepas dan digantikan dengan Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim.

Tetapi pengumuman hari ini bahawa Khazanah di bawah kerajaan PH telah menjual kepentingan 16% di dalam IHH Berhad kepada kumpulan Jepun Mitsui dengan harga RM8.42 bilion bermaksud Mitsui menjadi pemegang saham terbesar.

Harga jualan diumumkan sebagai RM6 satu saham iaitu lebih rendah dari harga tertinggi RM6.42 pada awal tahun ini sebelum Bursa Malaysia jatuh teruk selepas PRU14 – bermaksud Khazanah jual pada ketika harga saham rendah..

Kumpulan hospital kedua terbesar di dunia ini tidak lagi boleh dipanggil sebagai kumpulan milik Malaysia atau menjadi kebanggaan negara tetapi telah menjadi kumpulan milik negara Jepun.

Tidak mustahil Pengerusi kumpulan ini yang merupakan orang Malaysia selama ini akan digantikan dengan orang Jepun tidak lama lagi.

Negara kehilangan peluang untuk membina dan memiliki sebuah syarikat MNC bertaraf global.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Guan Eng pernah mengumumkan bahawa antara langkah untuk menggantikan kehilangan hasil dari pemansuhan GST, dividen dari Petronas, Khazanah Nasional dan BNM akan dinaikkan.

Mungkin penjualan aset negara hari ini merupakan antara langkah untuk Khazanah menaikkan dividen kepada kerajaan.

Apa lagi aset negara akan dijual?

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/glc

Hot this week

[VIDEO] MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Topics

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img