BERITABank Dunia berterusan turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara dari 5.4% kepada 4.7%

Bank Dunia berterusan turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara dari 5.4% kepada 4.7%

Bank Dunia sekali lagi menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi kita untuk tahun ini.

Baru dua bulan dahulu, iaitu Oktober, Bank Dunia turunkan unjuran kita dari kadar 5.4% kepada 4.9%.

Hari ini, yang sudah menurun, diturunkan lagi kepada 4.7%.

Sebab yang diberi oleh Bank Dunia ialah pelaburan asing dan domestik kita ketika ini sudah lemah.

Bulan lepas, Guan Eng kata pelaburan asing sudah meningkat 360% selepas PRU14.

Tetapi, Bank Dunia kata pelaburan ke dalam ekonomi kita lemah.

Siapa yang betul ini?

Sebelum PRU14, Bank Dunia menaikkan unjuran untuk tahun ini sebanyak 3 kali dengan kali terakhir pada bulan April.

Kini asyik diturunkan.

Nilai saham-saham di Bursa Malaysia sudah hilang RM300 bilion sejak PRU14. Indeks jatuh 260 mata.

Tetapi apa yang kerajaan PH dan menteri-menteri buat ketika ini?

Sibuk membuat pusingan U di atas pusingan U.

Sibuk merebut kuasa sesama sendiri.

Sibuk jual aset-aset negara.

Siapa yang jaga ekonomi kita pada masa ini?

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/18/bank-dunia-sekali-lagi-turunkan-unjuran-kdnk-malaysia/

Facebook Najib Razak

…….
Rujukan:
https://data.worldbank.org/country/malaysia

https://asia.nikkei.com/Business/Markets/Nikkei-Markets/ADB-cuts-Malaysia-growth-aim-on-trade-woes-weak-investments

https://pakdin.my/tag/ekonomi

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami