Mungkin sudah masanya Malaysia mempunyai peraturan yang melarang pemilik kedai-kedai makan non-Islam menggunakan nama kedai yang boleh diertikan sebagai kedai makanan tersebut milik orang Islam.
Padangan ini mungkin nampak jumud, namun soal halal dan haram makanan sangat penting kepada muslim.
Ini bukan menghalang bukan Islam menjual makanan kepada orang Islam. Malah bukan Islam yang mahu menjual makanan kepada orang Islam boleh sahaja mendapat sijil pengesahan Halal Jakim.
Sangat aneh mereka berlumba menamakan bangunan dan nama kawasan pembangunan baharu dengan nama Barat, tetapi memilih menamakan kedai makan dengan nama-nama berunsurkan Islam.
Rujukan:
Netizen berterima kasih kepada abang yang tampar pekerja Ameer Corner
https://pakdin.my/netizen-berterima-kasih-kepada-abang-yang-tampar-pekerja-ameer-corner