UtamaPOLITIKDilema Mahathir (II)

Dilema Mahathir (II) - pakdin.my

KEMENANGAN Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya lalu meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dilema kerana beliau adalah Perdana Menteri tanpa kekuatan pengaruh politik.

Mahathir sedar jika status quo pentadbiran hari ini kekal sehingga dua tahun lagi, Bersatu tidak akan bertahan lama tanpa sokongan majoriti orang Melayu.

Jika mahu menarik sokongan Melayu, Mahathir perlu menghulurkan talian persahabatan kepada Umno dan Pas. Ini akan meruntuhkan ego beliau.

Sanggupkah Mahathir? Inilah yang dikatakan pepatah Melayu “lalu hangus, surut layu.”

Kegagalan menarik sokongan orang Melayu menjejaskan agenda Bersatu dan Mahathir. Mahathir tidak boleh melaksanakan apa-apa agenda beliau kerana partinya yang lemah dan bergantung kepada DAP.

Mahathir sedar suara orang Melayu dalam kerajaan sangat lemah. Bersatu hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen dari 222 kerusi keseluruhan. Lemahnya suara Bersatu dalam kerajaan bermakna kedudukan beliau juga sangat lemah. Mahathir sendiri mengakui kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri adalah atas cadangan DAP.

Pada awal kemenangan PH dan pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri, ramai beranggapan orang Melayu dengan pantas dan segera akan menyeberangi jambatan dari Umno kepada Bersatu. Andaiannya kerana terlalu lama menjadi kerajaan, orang Melayu dalam Umno tidak lagi boleh berada dalam pembangkang.

Malangnya penghijrahan tersebut tidak berlaku seperti dijangka. Sebahagian besar ahli dan pemimpin Umno tidak serapuh yang dijangka Mahathir. Mengapa Bersatu gagal menarik sokongan orang Melayu secara besar-besaran seperti tanggapan awal? Saya fikir ada dua faktor utama iaitu Mahathir dan DAP.

Faktor Mahathir: Antara kesilapan terbesar Mahathir ialah beliau menyerang Umno secara keterlaluan selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Dari bermusuh dengan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Razak sahaja, Mahathir telah bermusuh dengan Umno secara keseluruhan.

Selepas menang dan menjadi Perdana Menteri, Mahathir mengulangi kata-kata kesat Umno sudah musnah, Umno parti rasuah dan melindungi kleptokrat. Ahli Umno dilemparkan pelbagai tuduhan yang sangat tidak bertimbang rasa dari seorang pemimpin yang pernah bersama parti itu selama berpuluh tahun.

Ini mengecilkan hati ramai ahli akar umbi Umno yang selama ini setia kepada parti dan perjuangan hasil didikan Mahathir juga. Selama 22 tahun Mahathir yang mengingatkan ahli Umno, pemimpin datang dan pergi, partilah tempat perjuangan.

Umno bukan sahaja dicerca dan dihina, malah dikenakan pelbagai tekanan undang-undang termasuk membeku akaun.

Mahathir melakukan ini semua dengan anggapan Melayu akan menyerah kalah dan menyertai Bersatu secara beramai-ramai.

Malangnya semua ini masih belum mengubah sokongan dan dukungan majoriti orang Melayu kepada Umno. Terbaharu Mahathir menyalahkan kerajaan dulu kerana kerap memanjakan orang Melayu dan Bumiputera melalui pelbagai pertolongan termasuk bantuan wang. Beliau berkata pertolongan itu “memerangkap” orang Melayu, menjadikan mereka malas dan ketinggalan.

“Kita tidak suka cara yang susah. Kita nak yang mudah. Kalau boleh kekayaan itu datang bergolek kepada kita dan apabila ia datang bergolek maka kita akan tunggu banyak lagi akan datang.”

Mahathir dihentam kiri dan kanan oleh orang Melayu termasuk yang tidak berpartisan. Video-video mencabar idea kuno Mahathir di media sosial mendapat sambutan luar biasa. Seorang lelaki Inggeris yang memeluk Islam membuat satu video penjelasan “historical” yang sangat menarik menafikan dakwaan Melayu malas.

Walaupun menulis The Malay Dillema, Mahathir mungkin tidak sedar pemikiran dan psikologi orang Melayu sebenarnya. Buku Hikayat Pelayaran Abdullah (Munshi Abdullah) dan Malay Dilemma (Mahathir Mohamad) hanya mentafsir pemikiran Melayu melalui tabiat harian mereka.

Ini meninggalkan jurang penting dalam pengkajian pemikiran Melayu iatu kaedah komunikasi. Ini apa yang dikatakan oleh Marshall McLuhan bahawa “the medium is the message.” Dalam konteks pemikiran dan budaya, medium yang digunakan juga mempengaruhi pemikiran Melayu.

Mahathir bukan lagi atas pentas Umno untuk mengherdik Melayu. Orang Melayu melihat beliau kini di atas pentas DAP. Justeru “serangan” beliau ke atas orang Melayu sudah melalui tafsiran berlainan kepada majoriti masyarakat Melayu.

Hari ini kerana kritikan-kritikan keras terhadap orang Melayu dan Umno itu atas pentas yang salah maka sebahagian besar orang Melayu mengambil sikap “bersukat darah, bertimbang daging”.

Jika mahu menyatukan Melayu dan Muslim, Mahathir harus mengambil ingatan Sasterawan Negara, Dr Usman Awang, melalui puisi berjudul “Melayu”;

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Oleh: Ab Jalil Backer

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU