Sunday, September 8, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Puduraya Kini Pudu Sentral – Najib - pakdin.my

Terminal Bas Puduraya di sini yang mula beroperasi pada 1976 dan baru sahaja dinaik taraf, kini dikenali sebagai Pudu Sentral, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata penukaran nama terminal bas itu selaras dengan wajahnya yang moden dan baru, setaraf dengan sebuah lapangan terbang.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan seorang pengikut twitternya, selepas beliau tweet setelah bersahur awal pagi tadi bahawa beliau akan melawat Hentian Puduraya.

“Ramai yang memberi maklum balas dan saya terima cadangan supaya nama hentian bas ini ditukar supaya mencerminkan terminal yang tinggi kualitinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan wajah baru bas terminal itu di sini, Sabtu.

“Selepas berbincang dengan pihak pengurusan tadi, kita telah bersetuju untuk menukar namanya kepada Pudu Sentral,” katanya.

Terminal Puduraya ditutup sementara pada Mac tahun lepas, setahun selepas kerajaan mendapati terminal itu perlu sangat dinaik taraf dan ubahsuai untuk memperbaiki perkhidmatan dan mengambilkira keselamatan awam setelah ia beroperasi lebih tiga dekad.

Ia kini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan disediakan dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV dipasang di semua tempat strategik yang dipantau oleh 48 kakitangan keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat dan penumpang.

Najib turut meluangkan masa melawat sekitar terminal baru tersebut dan berinteraksi dengan para pengguna serta memberikan sumbangan kuih raya kepada penumpang bas eskpres yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Ini merupakan lawatan kali ketiganya ke terminal bas tersebut sejak menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, di mana tiga minggu selepas itu, Najib turun padang melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, termasuk Hentian Puduraya.

Berikutan dengan lawatan itu beliau mengarahkan supaya Hentian Puduraya dinaik taraf dengan segera, memandangkan keadaan bangunannya yang daif serta tidak memberi keselesaan sama sekali kepada para pengguna.

Kerja-kerja menaik taraf itu dijalankan oleh UDA Holdings Berhad dalam dua fasa dengan kos RM52 juta.

Najib berkata beliau amat berpuas hati dengan kerja-kerja menaik taraf yang dilakukan yang telah mencapai taraf kualiti yang tinggi. “Kebetulan saya berjumpa dengan dua orang pelancong dari Jerman dan saya telah bertanyakan reaksi mereka. Mereka cakap ia seperti sebuah lapangan terbang, begitu juga dengan reaksi daripada pengguna lain. “Saya sangat bangga dengan pembangunan ini. Ini apa yang ada di fikiran saya untuk rakyat. Saya suka bahawa rakyat menikmati kemudahan seperti itu,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menggesa pengguna Pudu Sentral untuk turut membantu menjaga kebersihan terminal itu bagi keselesaan bersama.

Sementara itu tinjauan Bernama di terminal bas turut mendapati para pengguna sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan yang sangat mesra pengguna.Seorang warga emas, K.P Lim, 66, berkata persekitaran di Pudu Sentral sekarang sangat berbeza berbanding dahulu memandangkan ia kini dilengkapi dengan pendingin hawa dan tidak bising.

“Dahulu (Puduraya) sangat panas, sangat bising. Macam Pak Cik, orang tua sangat tidak selesa keadaan seperti itu. Pak Cik sangat berpuas hati dengan penambahbaikan kemudahan di sini. Memang sangat berbeza kalau dibandingkan dengan yang dulu,” katanya. Bagi Maimunah Ahmad Pardi, 55, kini persekitarannya yang bersih dan nyaman membolehkan orang ramai menunggu bas dalam keadaan yang selesa walaupun terpaksa menunggu lama.

Sementara itu Nurul Huda Helmy, 22, yang membantu ibunya berniaga di terminal bas itu berkata wajah baru Puduraya sedikit sebanyak membantu meningkatkan perniagaan ibunya yang telah beroperasi di terminal itu sejak 26 tahun lepas.

“Kalau dulu hendak dapat RM200 sehari pun susah. Sekarang dalam satu hari saya boleh mendapat RM500. Dengan persekitaran yang baru ini, terminal ini lebih dikunjungi dan mereka akan datang membeli di kedai, dan kamipun seronok berniaga,” katanya.

Turut sama pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Daripada bangunan yang sesak dan kotor, Pudu Sentral kini seperti terminal lapangan terbang moden.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI.
Saya dapat cadangan seorang Twitt saya nama tukar cerminkan terminal moden dan tinggi kualiti, setelah fikir dan bincang rakan, maka terminal tukar Pudu Sentral.

Datuk Seri Najib meninjau kemudahan di sekitar hentian itu, serta beramah mesra bersama orang ramai.

Beliau turut menyampaikan bungkusan Aidilfitri kepada penumpang bas.

Pudu Aentral dinaik taraf dengan kos RM52 juta, siap sepenuhnya April lalu.

[VIDEO] RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk lindungi hak kanak-kanak Datuk Seri Azalina Othman Said

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

[VIDEO] Serbuan Di Gudang Pembungkusan Barang E-dagang, 37 Warga Asing Ditahan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu dua gudang pembungkusan dan penghantaran barang jualan e-dagang di Jalan Kebun di sini yang dipercayai melindungi serta menggaji pekerja warga asing tanpa izin.

[VIDEO] Rasuah berjumlah RM700,000 – Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainnudin akan kemuka representasi

Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengemukakan representasi bagi mengkaji semula tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang tunai berjumlah RM350,000

[VIDEO] Polis tembak mati penjenayah di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor

Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, Hulu Selangor malam tadi 30 Ogos 2024.

[VIDEO] Mpox: 2.64 Juta pengembara disaring, tiada kes disyaki – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes disyaki mpox dikesan daripada hampir 2.64 juta pengembara yang disaring di pintu masuk antarabangsa sejak 16 Ogos hingga semalam.

[VIDEO] Satu lagi mendapan baharu dikesan di Jalan Masjid India

Kejadian tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

[VIDEO] RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk lindungi hak kanak-kanak Datuk Seri Azalina Othman Said

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

[VIDEO] Raja perkenan kabinet baharu Paetongtarn Shinawatra

Raja Thailand telah memperkenankan kabinet 35 anggota yang dicadangkan oleh Perdana Menteri baharu Paetongtarn Shinawatra.

[VIDEO] Barisan kabinet baharu Thailand bersedia untuk pengesahan diraja minggu ini – Paetongtarn Shinawatra

Perdana Menteri baharu Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata beliau telah memuktamadkan barisan kabinetnya dan menjangka untuk menyerahkan pelantikan menteri untuk pengesahan diraja minggu ini.

[VIDEO] Hujan lebat menyebabkan banjir di Pattaya

Beberapa jalan utama dinaiki air dan kereta tersadai di jalan raya ketika hujan lebat menyebabkan banjir kilat melanda kawasan bandar itu lebih tiga jam lewat malam Isnin 2 September 2024.

[VIDEO] Serbuan Di Gudang Pembungkusan Barang E-dagang, 37 Warga Asing Ditahan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu dua gudang pembungkusan dan penghantaran barang jualan e-dagang di Jalan Kebun di sini yang dipercayai melindungi serta menggaji pekerja warga asing tanpa izin.

[VIDEO] Rasuah berjumlah RM700,000 – Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainnudin akan kemuka representasi

Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengemukakan representasi bagi mengkaji semula tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang tunai berjumlah RM350,000

Lonjakan pelancong sempena Hari Kebangsaan Malaysia meningkatkan ekonomi selatan Thai

Lonjakan pelancong ke wilayah selatan Thailand semasa Hari Kebangsaan Malaysia, yang dikenali sebagai Hari Merdeka, dijangka menyumbang kira-kira 100 juta baht kepada ekonomi tempatan.

[VIDEO] Polis tembak mati penjenayah di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor

Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, Hulu Selangor malam tadi 30 Ogos 2024.

[VIDEO] Mpox: 2.64 Juta pengembara disaring, tiada kes disyaki – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes disyaki mpox dikesan daripada hampir 2.64 juta pengembara yang disaring di pintu masuk antarabangsa sejak 16 Ogos hingga semalam.

[VIDEO] Satu lagi mendapan baharu dikesan di Jalan Masjid India

Kejadian tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: