UtamaNASIONALNoh Bidas Selangor Keluar...

Noh Bidas Selangor Keluar Kenyataan Bercanggah Dengan Sultan - pakdin.my

Datuk Seri Noh Omar dua kiri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan Umno Selangor — Foto Bernama.

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar membidas sikap Kerajaan Selangor yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata sikap seperti itu boleh menyebabkan rakyat di negeri berkenaan keliru terutamanya apabila ia membabitkan isu-isu sensitif atau hal yang berkaitan dasar.

Katanya lebih membimbangkan sekiranya perkara itu berterusan, institusi beraja yang selama ini menjadi simbol perpaduan rakyat berbilang kaum akan mula dipersoalkan pelbagai pihak.

“Saya tengok kerajaan negeri sekarang banyak sangat berpolitik dan suka keluar kenyataan bercanggah dengan Tuanku dalam banyak perkara bermula dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan negeri yang baru hinggalah isu gereja.

“Kenyataan yang berubah-ubah menunjukkan berlaku banyak percanggahan dalam pelbagai keputusan yang diambil kerana baik Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP atau PAS, masing-masing tidak mahu mengalah,” katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media Selangor di sini, Jumaat.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata isu terbaru berhubung percanggahan itu ialah penubuhan Majlis Syura berkaitan kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai titah Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda tidak menitahkan berkenaan penubuhan Majlis Syura.Katanya kerajaan Selangor kemudiannya menukar jawatankuasa terbabit kepada Gerak Kerja Pendengaran.

“Tindakan dan sikap kerajaan negeri sekarang ibarat sebuah kereta yang hanya menukar cat baru di luaran saja untuk mengaburi prestasi kenderaan yang tidak memberangsangkan dan kegagalan menguruskan negeri dengan baik,” katanya.

Noh berkata antara contoh tindakan itu termasuklah selepas slogan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ menemui kegagalan, ditukar pula kepada ‘Selangorku Sayang’ serta nama Universiti Industri Selangor yang ditukar kepada Universiti Selangor yang tidak membawa apa-apa perubahan.

Berkaitan

Baca Juga

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI