Rejim Pakatan Harapan nak pelingkup ekonomi negara - pakdin.my

Sejak Pakatan jadi kerajaan (Jun – Disember 2018), mereka kutip RM140.4 bilion pendapatan atau hasil.

Jika dibandingkan dalam tempoh yang sama masa BN Kerajaan dulu, kenaikan kutipan hasil dalam RM2 bilion (kutipan Jun – Disember 2017: RM138.4 bilion).

Yang lebih mengejutkan, walaupun hanya kutip hasil tambahan RM2 bilion berbanding BN, Pakatan membelanjakan sejumlah RM157.9 bilion wang sejak menjadi kerajaan iaitu tambahan hampir RM10 bilion berbanding BN (perbelanjaan Jun – Disember 2017: RM148.3 bilion).

Sembang babi pun boleh terbang kononnya Pakatan berjimat cermat, menguruskan kewangan dengan baik, ekonomi bagus tapi belanja lagi banyak daripada BN.

Tapi pelik lagi ajaib apabila Pakatan belanja RM10 bilion lebih banyak daripada Kerajaan BN dahulu, peruntukan kepada golongan yang memerlukan seperti penoreh getah, nelayan, pesawah, petani tetap dipotong kalau tak dihentikan. Mana pergi duit tu semua?

Belum habis lagi cerita. Berbual hutang negara ditinggalkan BN RM1 trilion, tapi dalam masa yang sama sejak jadi kerajaan, Pakatan tambah RM22.4 bilion hutang bersih (tolak tebus bon kerajaan yang dah matang).
[adinserter block=”1″]
Kalau bandingkan dengan hutang yang ditambah BN bagi tempoh yang sama (Jun – Disember 2017) hanya RM11.7 bilion.

Hutang ni depa buat apa kita taktau.

Kononnya nak pulihkan kewangan kerajaan, nak naikkan ekonomi negara tapi nampak macam nak punahkan adalah.

Takpelah, Menteri Kewangan Lim Guan Eng kan hormat azan, berhenti berucap bila azan berkumandang.

Rujukan: Bank Negara SDDS: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp#fiscal

Oleh: Syahir

https://pakdin.my/tag/ekonomi

UTAMAEKONOMIRejim Pakatan Harapan nak pelingkup ekonomi negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium