SPRM sahkan dokumen skandal terowong Guan Eng tulin - pakdin.my

SPRM cuma nyatakan mereka sudah buat laporan Polis berkenaan maklumat dan dokumen bocor oleh RPK tapi lansung tak menyebut atau menafi sebagai dokumen palsu.

Rakyat bukan berbicara dari sudut kata-kata Mahathir yang cuci tangan dengan berkata Raja Petra sebagai seorang pembohong.

Rakyat mahu tahu kandungan isi dokumen yang bertarikh dan bertempat. Bukan berkenaan siapa Raja Petra.

Bukan seperti isu 1MDB, tarikh dan tempat pun tak wujud.

………….
SPRM lapor polis susulan kebocoran kertas siasatan dan pendedahan Raja Petra

SPRM membuat laporan polis susulan kebocoran kertas siasatan pendedahan penulis blog Raja Petra Kamarudin membabitkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull berkata laporan terbabit dibuat semalam oleh pegawainya namun enggan mengulas lanjut di mana laporan itu dibuat, lapor Utusan Malaysia.

“Yang pasti saya telah meminta beberapa pegawai untuk berbuat demikian semalam,” beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui pemberita semalam menyifatkan Raja Petra sebagai “seorang pembohong” dan “selalu berbohong”.

Baru-baru ini, beberapa artikel di blog Malaysia Today milik Raja Petra menyiarkan apa yang didakwa sebagai kertas siasatan SPRM berkenaan kes itu yang turut mengaitkan beberapa exco Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dipetik berkata sedia mempertahankan diri di mahkamah jika ada bukti beliau terlibat dalam sebarang salah laku berkenaan projek terowong tersebut.

…..
Rujukan

DARI FAIL SPRM Siri 2: Bermulanya projek terowong bawah laut Pulau Pinang dengan Guan Eng
https://pakdin.my/dari-fail-sprm-siri-2-bermulanya-projek-terowong-bawah-laut-pulau-pinang-dengan-guan-eng/

DARI FAIL SPRM: Guan Eng telah menerima sogokan 10% tetapi Peguam Negara telah mengkuburkan kes tersebut
https://pakdin.my/dari-fail-sprm-guan-eng-telah-menerima-sogokan-10-tetapi-peguam-negara-telah-mengkuburkan-kes-tersebut/

https://pakdin.my/tag/terowong

UTAMABERITASPRM sahkan dokumen skandal terowong Guan Eng tulin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium