Sementara itu bagi Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir – kenyataan Mat Sabu itu boleh dikategorikan sebagai satu usaha mengubah sejarah, dan ia dilihat sebagai satu perang psikologi kotor demi kepentingan politik mereka.
DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR / AHLI PARLIMEN JERLUN
“Saya lihat beliau sebenarnya bukan buta sejarah tetapi sedang berusaha untuk mengubah sejarah. Ini tak mengejutkan kerana kita tahu mereka sekarang ni pun memang menyerang kewibawaan pihak polis, tentera, sistem kehakiman, termasuk hakim-hakim kita selain daripada kerajaan dan usaha untuk menterbalikkan sejarah ni adalah satu lagi usaha untuk kononnya nak merampas kuasa kerajaan ni dari BN.”