Dari barat ke timur Australia, Karam Singh Walia mencari kebenaran berhubung kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.
Jika semalam Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia Barat Norman Moor, menjawab segala persoalan yang tergantung, malam ini bahagian kedua laporan menyentuh ketelusan pengurusan Lynas Corporation Ltd Australia.
Lebih lima jam dalam penerbangan ke Sydney dari Perth, saya memikirkan dan cuba memahami agenda tersirat isu kilang kimia Lynas di Gebeng.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Perhubungan Komunikasi Lynas Corporation Ltd Australia, Dr Matthew James, tidak ada isu berhubung desakan pembangkang membawa pulang bahan buangan kilang kimia Lynas di Gebeng ke Australia.
DR MATTHEW JAMES / JURUCAKAP LYNAS CORPORATION LTD AUSTRALIA
Sebilangan penduduk masyarakat Kuantan seperti Fuziah Salleh bukan semestinya pakar dalam bidang ini. Laporan IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa) Menunjukkan bahan ini terbukti selamat. Mendakwa kami perlu mengambil balik bahan terbabit kerana ia tidak selamat nyata dibuktikan tidak betul.
Beliau juga menyangkal tuduhan liar pembangkang kilang kimia Lynas di Gebeng tidak akan menggunakan piawaian terbaik dalam pengurusan bahan buangannya.
DR MATTHEW JAMES / JURUCAKAP LYNAS CORPORATION LTD AUSTRALIA
Piawaian yang kami gunakan, adalah standard antarabangsa sepertimana yang diimplimen di Australia. Malah, dalam banyak kes alam sekitar, standard yang digunakan di malaysia sebenarnya lebih tinggi daripada yang diamalkan oleh piawaian antarabangsa.
Selain sikap profesional syarikat Lynas, dasar dan polisinya dalam melaksanakan peranannya sebagai syarikat korporat berlabel hijau turut saya kagumi.
TONY DUNHE / PENGURUS BESAR KESELAMATAN, KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KOMUNITI LYNAS CORPORATION LTD AUSTRALIA
Lynas seratus peratus komited kepada kecederaan sifar. Maksudnya kita bukan sahaja menggunakan perkakasan terkini berteknologi tinggi dalam mempastikan kilang terbabit selamat. Pemimpin syarikat kami ambil berat kesejahteraan penduduk, melindungi alam sektar dan kami mengambil berat tentang masyarakat di mana kami beroperasi.
Bagi Liz Whiteway pula, syarikat Lynas mempunyai sikap telus dan terbuka untuk penghayatan orang ramai.
LIZ WHITEWAY / PENGURUS BESAR JENAMA, PERHUBUNGAN DAN NILAI KOMUNITI LYNAS CORPORATION LTD AUSTRALIA
Kami sudah lama menubuhkan pusat lawatan kekal untuk pelawat di tapak kilang terbabit. Masyarakat umum dipelawa datang sendiri melihat operasi kami dan memahami bukan sahaja siapa kami, apa yang kami hasilkan dan peranan elemen nadir bumi dalam kehidupan kit hari ini.
Yang peliknya pembangkang hanya tahu membuat kecoh dan demonstrasi jalanan tanpa mengambil peluang melawat pusat lawatan kilang lynas untuk mendidik diri sendiri.
Menakut-nakutkan orang ramai mengenai bahayanya bahan mentah nadir bumi yang akan dieksport ke malaysia juga tidak masuk akal.
Apapun pekatan nadir bumi sudah mula di uji dos radiasinya agar selamat untuk dihantar ke kilang kimia Lynas di Gebeng.
NORMAN MOORE / MENTERI PERLOMBONGAN DAN PETROLEUM AUSTRALIA BARAT
Lynas telah memenuhi semua peraturan berhubung pengangkutan produk terbabit yang akan dibawa dari Mt Weld ke Perth sejauh 600 km ke Fremantle untuk dieksport ke Malaysia. Tidak ada apa jua isu membimbangkan kepada kerajaan Australia Barat berhubung sebarang aspek pengoperasian Lynas di Australia Barat.
Saya turut melawat pelabuhan Fremantle di Perth untuk melihat sendiri laluan yang akan digunakan untuk penghantaran pekatan nadir bumi syarikat Lynas ke Gebeng.
KARAM SINGH WALIA / alamkaram@tv3.com.my
Sistem dan laluan pengangkutan serta pengendaliannya oleh pekerja pelabuhan sudah disahkan selamat Jabatan Kesihatan dan direktorat alam sekitar kerajaan Australia Barat. Dan kpd masyarakat Gebeng dan Kuantan, dengarlah cakap pakar dan bukannya yang kurang pandai perihal sinaran radioaktif kerana keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dijamin kerajaan ibarat barang yg dikata itulah yg dikota. Karam Singh Walia, Perth, Australia untuk TV3.