Penceramah popular Ahmad Dusuki Abdul Rani menasihati pelakon Fathia Latiff yang tidak lagi bertudung supaya “tidak melawan perintah Allah”.
Beliau juga meminta pelakon Darah Panas supaya tidak berasa “hebat dengan kemaksiatan” dan meminta artis tersebut supaya “sembunyikanlah kemaksiatan”.
“Saya ingin menasihati semua kita, jangan berbangga dengan maksiat!!!!” kata timbalan ketua Dewan Ulama PAS Selangor di Facebook hari ini.
Ahmad Dusuki berkata Fathia, 32, tidak sepatutnya menghebohkan tindakan tidak bertudung dan “berbangga” dengan potongan rambut pendek.
“Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan,” katanya seakan-akan menjawab kenyataan Fathia yang gembira sejak tidak lagi bertudung.
Kosmo! hari ini melaporkan, Fathia, atau nama sebenar Nur Fathia Latiff, 32, berkata sepanjang bertudung hidupnya berdepan pelbagai cabaran sehingga mengalami despresi
Mengakui “bertudung bukan kerana Allah”, Fathia tampil rambut pendek di depan umum dalam majlis fesyen dan beliau berasa hidupnya lebih gembira dan bebas tanpa tudung.