Sekian lama berdiam diri mengenai status agamanya, Michael Ang kini mengaku telah memeluk Islam kira-kira setahun lalu.
Enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki tentang status agamanya, Michael memilih untuk berkongsi hal tersebut, lapor mStar Online.
Michael atau nama sebenar Michael Ang Hai Swee berkata, lebih baik berterus terang daripada ada yang ternampak beliau ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.
“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari,” katanya.
Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, beliau turut menerima komen ucapan syukur daripada warga maya berhubung penghijrahannya itu.