BERITA'Duit syiling je?' Kanak-kanak selamba buang sampul raya

‘Duit syiling je?’ Kanak-kanak selamba buang sampul raya

Jangan bergurau dengan kanak-kanak dalam hal duit raya atau sekadar memberi seringgit dan syiling kerana mereka mungkin membuat protes depan-depan anda.

Itu yang berlaku terhadap seorang lelaki, pemilik akaun Twitter MerchantofMilan, yang menguji kanak-kanak dengan turut meletakkan syiling dalam sampul duit raya.

“Aku bagi duit raya dalam sampul. Sajalah letak duit syiling sekali duit kertas. Tapi ada budak ni, lepas dapat, dia cakap ‘duit syiling je?’ Cakap terima kasih pun tak,” tulisnya kelmarin.

“Aku perhati dia jalan balik. Dia jatuhkan sampul tu tengah jalan. Kecil hati aku. Bukannya nak buka dulu tengok.”

Menasihati orang lain tidak membuat gurauan seperti dirinya, beliau kesal kerana kanak-kanak itu langsung membuka sampul yang sebenarnya mengandungi nota kertas RM10 dan beberapa syiling.

Hantaran yang disertai dengan gambar dikongsi lebih 28,000 kali dan disukai 18,800 pengguna lain. Beberapa penguna akaun Twitter juga berkongsi pengalaman mereka menerima rungutan kanak-kanak terhadap jumlah duit raya.

https://twitter.com/MerchantofMilan/status/1136554565510127616?s=19

https://twitter.com/MerchantofMilan/status/1136554589778399232?s=19

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Pembantu kedai didenda RM14,000 buat, mulakan kandungan video lucah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami