Polis telah menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini, menurut laporan The Malaysian Insight.
Ia selepas pengakuan Haziq, yang merupakan ketua pemuda PKR Santubong, bahawa dia adalah individu dalam video seks yang tersebar.
Haziq juga mendakwa seorang lagi individu dalam video itu sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.
[Berita lanjut menyusul]