Rasuah bebaskan PATI: Reman peguam dan timbalan pendakwaraya disambung dua hari lagi – SPRM - pakdin.my

KUALA KUBU BHARU: – Reman ke atas seorang peguam dan timbalan pendakwaraya yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah pendatang asing tanpa izin (PATI) minggu lalu disambung dua hari lagi bermula hari ini.

Turut ditahan berkaitan kes tersebut enam anggota polis, bagaimanapun Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki memaklumkan, sebahagian daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Keenam-enam anggota polis tersebut adalah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

BACA sini: Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Saya boleh mengesahkan ada seorang peguam, seorang DPP dan enam anggota polis ditangkap minggu lepas dan telah direman lima hari sehingga hari ini.

“Dan pada hari ini sebahagian daripada anggota polis itu dilepaskan reman dan pegawai penyiasat berjaya mendapatkan sambung reman selama dua hari untuk peguam dan DPP,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Azam hadir bersama Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya sempena majlis perasmian Bengkel Mempromosi Ketelusan Pemunya Benifisari di Asia Tenggara.

Mengulas lanjut, Azam berkata, kesemua polis yang ditangkap terdiri daripada pelbagai pangkat termasuk koperal dan sarjan.

Bagaimanapun beliau meminta semua pihak yang tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut kerana siasatan masih berjalan.

Penahanan peguam dan juga timbalan pendakwa raya dalam kes rasuah berkenaan adalah serius yang perlu disiasat secara mendalam dan memerlukan tindakan tegas.

Pada minggu lalu,Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman mengesahkan penahanan enam anggotanya oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendatang asing tanpa izin.

Katanya mereka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 PATI.

Berkaitan:
Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM
https://pakdin.my/kes-bebaskan-15-pendatang-tanpa-izin-enam-anggota-polis-hulu-selangor-ditahan-sprm/

UTAMABERITARasuah bebaskan PATI: Reman peguam dan timbalan pendakwaraya disambung dua hari lagi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium