Dua pucuk surat yang didakwa ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com hari ini mendedahkan permohonan Anwar kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman bagi tujuan tersebut.
Menurut AIDC, surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 itu menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar dan ditujukan kepada Gershman di Washington D.C.
“AIA adalah singkatan kepada Anwar Ibrahim & Associates, sebuah syarikat milik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berpangkalan di Virginia, AS.
Sila klik SINI untuk melihat Surat Anwar Kepada Yahudi : Carl Gershmen – Presiden NED