Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus memberi kemenangan buat kelabnya KV Kortrijk.
Luqman, 18, mencipta gol hasil tandukan pada minit ke-83 menewaskan KFCO Beerschot Wilrijk pada semalam.
“Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Walaupun gol biasa-biasa, berkat doa anda semua.
“Ini gol pertama saya untuk perlawanan rasmi pada 2020,” katanya di Twitter.
Pemain skuad bawah 21 tahun itu berlepas ke Belgium pada Ogos bagi menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk.
Kelab bola sepak itu kini mengumpul 14 mata selepas menang empat dari enam perlawanan.
Alhamdulillah terima kasih ya allah , walaupun gol biasa biasa , berkat doa anda semua ?
This is my 1st goal for my 1st official game in 2020 ❤️ pic.twitter.com/Qm4L633AJY
— luqmansham10 (@luqmansham10) October 13, 2020