Mengikut beberapa sumber, Nik Radzi Nik Mat adik kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat sekarang sedang ditimpa sakit tenat dan kisahnya mengenainya sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum.
Berita ini juga telah dimuat naik dalam beberapa blog antaranya Malaysia Instinct, dan media sosial facebook selain turut bertebaran dalam email.
Beberapa minggu lalu, Nik Radzi telah mengundang kontroversi apabila mendoakan kecelakaan terhadap sesama Islam khususnya membabitkan UMNO.
Menurut sumber itu lagi, Nik Radzi dipercayai tenat selepas agak tertekan dengan isu doa K.O UMNO, K.O BN yang dibacanya semasa himpunan PAS di Stadium SUltan Muhammad Ke-IV tempohari.
Jika berita ini benar dan sahih, sama-samalah kita semua mendoakan kesejahteraannya dan mudah-mudahan sihat kembali.