KAHERAH 2 Jun – Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina agama Islam.
Mahkamah Misdemeanour di bandar Assiut, selatan Mesir, mendapati tertuduh, Romani Saad bersalah kerana menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam.
Saad turut diarahkan membayar ikat jamin sebanyak 500 pound Mesir (RM220) sementara menunggu rayuan terhadap keputusan tersebut.
10 peratus daripada 85 juta penduduk Mesir beragama Kristian.