KUPANG, Indonesia: Sebuah pesawat MA-60 yang dikendalikan oleh Merpati Airlines tergelincir di landasan Lapangan Terbang El Tari di sini, Isnin.
Kesemua 46 penumpang bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.
Seorang pegawai lapangan terbang berkata, terdapat sebahagian penumpang yang cedera namun tiada kematian yang dilaporkan.
Ketua pihak berkuasa lapangan terbang, Imam Pramono berkata, pesawat enjin berkembar turbo MA-60 buatan China itu mengalami kesukaran sewaktu mendarat di Lapangan El Tari di Kupang.
Beberapa saksi berkata, sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan kesemua mereka dikejarkan ke hospital tentera udara.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Pada Mei lalu, sebuah lagi pesawat MA-60 yang diterbangkan oleh Merpati Airlines terhempas di laut timur Indonesia, mengorbankan kesemua penumpang.