Susulan keputusan Dewan Undangan Negeri – DUN Pulau Pinang membatalkan sesi soal jawab lisan, semalam.
Pemuda Barisan Nasional mempersoalkan sama ada keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri “takut dan gentar” menghadapi soalan membabitkan beberapa isu penting yang bakal dibangkitkan pembangkang.
Keputusan itu dibuat Speaker – Law Choo Kiang yang mengarahkan sesi perbahasan diteruskan tanpa sesi soal jawab.
Beliau memberi alasan kesuntukan masa dan menjelaskan pembatalan itu tidak menjejaskan perjalanan prosiding DUN.
Bagi Pemuda BN yang memerhatikan perjalanan DUN pagi tadi, keputusan itu dilakukan dengan niat tertentu.
NG KHOON LENG / KETUA PENERANGAN PEMUDA BN P.PINANG
“There are many issues like Bukit Botak and tunnel that they need to answer, but they chose not to take questions and by doing this they have killed the democracy on the assembly by not enabling asking question that’s important to the people”.
Ketua pembangkang – Datuk Jahara Hamid semalam mendakwa keputusan itu seolah-olah menjatuhkan hukuman mati kepada demokrasi dalam Dewan.
Namun, Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa tidak tahu menahu mengenai keputusan itu yang dikatakan beliau dibuat oleh Setiausaha Dewan.
NG KHOON LENG / KETUA PENERANGAN PEMUDA BN P.PINANG
“He is the CEO of the state, if he wanted, he could have override the decision, but he chose not to, by that he created history in a wrong way for the Penang, as he says Penang lead, but in wrong way”.
++++
‘Nak tunjuk kuasa, bukan tiada masa’: Jahara Hamid
GEORGETOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid terus mempertikaikan persidangan DUN yang buat pertama kali tidak mengadakan sesi soal jawab atas alasan ketiadaan masa.
“Tetapi kenapa kali ini tidak boleh pula. Ini kerana nak tunjuk kuasa, bukan kerana tidak ada masa. DUN Perlis dan Dewan Rakyat juga lewat bersidang tetapi masih boleh ada sesi soal jawab,” katanya yang bangun mencelah perbahasan Lee Khai Loon (DAP-Machang Bubuk) pada persidangan DUN hari ini.
Lee ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertua Negeri membidas ahli DUN Barisan Nasional yang menentang langkah tidak mengadakan sesi soal jawab berkenaan. Jahara turut membidas Lee kerana provokasinya itu.
Speaker Law Choo Kiang mengingatkan ahli dewan supaya tidak membangkitkan isu sesi soal jawab yang dikeluarkannya dari aturan mesyuarat pada persidangan kali ini.
++++
DUN Pulau Pinang ‘bunuh’ demokrasi
Sidang tanpa sesi soal jawab, BN sifatkan tindakan angkuh DAP
Georgetown: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bermula semalam mencetuskan kontroversi apabila sesi soal jawab tidak diadakan yang disifatkan oleh ADUN Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan ‘membunuh’ sistem demokrasi berparlimen negara.
Alasan ketiadaan masa yang diberikan oleh Speaker DUN negeri, Law Choo Kiang itu tidak dapat diterima oleh ADUN BN kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN negeri.
“Ia sangat mendukacitakan, tambahan pula ini adalah persidangan pertama. Sesi soal jawab penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang menguji kebijaksanaan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam menjawab isu,” Datuk Jahara Hamid, Ketua Pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid, berkata Speaker tidak mempunyai kuasa berbuat demikian dan ia menunjukkan keangkuhan kerajaan pimpinan DAP.
Beliau berkata, ia tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN negeri dan menganggapnya sebagai ‘hukuman maut’ terhadap sistem demokrasi.
Sangat mendukacitakan
“Ia sangat mendukacitakan, tambahan pula ini adalah persidangan pertama. Sesi soal jawab penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang menguji kebijaksanaan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam menjawab isu,” katanya ketika bangun membantah keputusan itu.
Namun, ia menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo bangun memintanya menarik balik kenyataannya itu.
“Saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan yang menyatakan sistem demokrasi sudah maut dalam dewan ini. Saya minta tarik balik kerana demokrasi tidak maut dalam dewan ini,” katanya.
Keengganan Jahara menarik balik kenyataan itu menyebabkan Jagdeep meninggikan suara dan berlaku pertengkaran apabila Jahara meminta ADUN Datok Keramat itu supaya tidak mengherdiknya.
“Saya bercakap mengikut peraturan dewan, iaitu keperluan untuk memberitahu. Saya percaya sesi soal jawab ini bukan saja penting kepada wakil pembangkang tapi semua ahli dewan,” katanya.
Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) kemudian meminta isu kekangan masa tidak dijadikan alasan untuk menafikan keperluan mengadakan sesi soal jawab pada sidang DUN kali ini.
Bagi menyelesaikan ketegangan, Speaker kemudian campur tangan dengan mengarahkan ahli dewan bertenang dan meminta mereka menghormati keputusan itu.
“Saya sudah jelaskan ketiadaan sesi soal jawab pada sidang kali ini tidak melanggar peraturan mesyuarat, tidak menjadi masalah dan berharap ia tidak dibangkitkan lagi,” katanya.
Persidangan DUN ke-13 Penggal Satu itu bermula kelmarin dengan majlis perasmian oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan akan berlangsung sehingga esok.
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mengakui hairan dengan keputusan itu berkata, ia tidak wajar berlaku dan sesi soal jawab sepatutnya dibenarkan.
“Saya jangka ia berlaku kerana faktor masa, bagaimanapun ia perlu disemak semula oleh Speaker,” katanya kepada pemberita selepas sidang berhenti rehat.
Namun, Guan Eng berkata, Law tidak sepatutnya dipersalahkan kerana baru dilantik pada 28 Jun lalu.
Law, ketika dihubungi malam tadi mendakwa tidak berpeluang mengubah atur cara mesyuarat kerana pelantikan sebagai Speaker terlalu hampir dengan sidang DUN yang bermula Selasa lalu.
“Ketika dilantik Speaker, semua atur cara mesyuarat sudah diputuskan Penasihat Undang-udang negeri dan Setiausaha DUN. Keputusan ini dibuat kerana kekangan masa kerana mesyuarat kali ini dibuat berserta majlis angkat sumpah. Mungkin jika pelantikan dilakukan lebih awal, saya sempat menyemak atau merombak atur cara mesyuarat,” katanya.