Penumpang Pesawat Lion Air gempar selepas ia terlanggar seekor lembu ketika mendarat di Lapangan Terbang Di Sulawesi Utara, Indonesia.
Ia kemudian mengakibatkan pesawat tersasar dari landasan ke kawasan padang.
Insiden berlaku di Lapangan Terbang Jalaluddin di Gorontola.
Tiada penumpang yang dilaporkan cedera.
Namun, seekor daripada lembu yang berada di landasan, mati akibat dilanggar.
Menurut juruterbang pesawat dari Jakarta itu, tiga ekor lembu tiba-tiba berada atas landasan ketika pesawat mendarat.
Haiwan berkenaan kelihatan seperti dalam keadaan keliru akibat lampu, menyebabkan ia berlari dan berpusing-pusing.
Lapangan terbang berkenaan terpaksa ditutup sekaligus menjejaskan perjalanan terutama bagi yang pulang bercuti sempena Aidilfitri.