Pada sidang media di akhir lawatan ke San Francisco dan New York, Perdana Menteri ditanya mengenai pemilihan UMNO yang menyaksikan pertama kali menggunakan sistem pemilihan yang baharu.
Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian dan pemilihan bagi jawatan Exco Pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Oktober ini.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian dan jawatan Ahli Majlis Tertinggi pula dijadualkan serentak pada 19 Oktober.