Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-60 yang berakhir semalam meluluskan tujuh resolusi merangkumi 13 perkara di bawah usul hal ehwal parti, politik, ekonomi, pendidikan, perlembagaan persekutuan, tadbir urus kerajaan, serta masyarakat dan kualiti hidup.
Walaupun MCA telah menikam belakang UMNO dalam PRU yang lalu, namun orang-orang Melayu yang terkenal sebagai pemaaf, tetap membuka ruang untuk memperbaiki hubungan dengan parti tersebut.
Antara yang meyakinkan kita bahawa MCA bukan golongan harbi sepertimana DAP ialah ikrar MCA untuk mempertahankan perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan, berbanding DAP yang licik ingin menghapuskan klausa tersebut.
Bagaimanapun, kita masih wajar berhati-hati dengan MCA. Tikaman di belakang sesungguhnya masih terasa dan kalau tidak silap, pisaunya juga masih belum dicabut lagi. Lenggok tulisan akhbar milik MCA iaitu The Star yang kadangkala senada dengan Roketkini perlu dijadikan peringatan tentang perlunya untuk berwasangka dengan MCA.
Apatah lagi apabila MCA langsung tidak merasa bersalah kerana menikam UMNO di belakang tetapi menyalahkan UMNO pula kerana enggan menurut segala tuntutan mereka, yakni keinginan kaum Cina.
Lebih-lebih lagi apabila tuntutan ini diulangi lagi dalam Himpunan MCA semalam dan ‘dipaterikan’ sebagai antara tujuh resolusi tadi. Antaranya ialah mendesak kerajaan agar mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) agar lulusan sekolah persendirian Cina tidak perlu menduduki SPM.
Dalam kata lain, MCA ingin agar kaum Cina dibenarkan untuk memisahkan terus anak-anak mereka dari sistem pendidikan nasional. Melalui UEC, anak-anak Cina yang telah sedia memperlekehkan bahasa Melayu, tidak perlu lagi untuk fasih berbahasa kebangsaan yang menjadi intipati penting dalam pembentukan jatidiri sebagai warganegara Malaysia.
Dalam pada itu, MCA juga mendesak kerajaan agar ‘telus’ dalam kemasukan ke universiti tempatan. Dalam kata lain, menuduh kerajaan sebagai tidak telus serta mendesak agar kuota bumiputera dihapuskan.
Bukan MCA tidak tahu bahawa sistem kemasukan ke Universiti di Malaysia meletakkan keadilan kepada golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama berpeluang ke menara gading. Secara amnya, golongan kurang berkemampuan diwakili oleh kaum bumiputera. Walaubagaimanapun, kaum lain juga tidak pernah dipinggirkan dan latarbelakang serta kemampuan mereka turut diambilkira serta kemasukan mereka dipertimbangkan sebaiknya mengikut peratusan.
Namun, kita sedia maklum bahawa anak-anak Cina yang kebanyakannya berkemampuan lebih berminat dengan universiti swasta kerana enggan bercampur gaul dengan kaum lain terutama bumiputera.
Sekiranya sistem merit sepenuhnya dilaksanakan, maka ia bakal merencatkan peluang golongan kurang berkemampuan untuk bersaing sekali gus mencipta jurang ekonomi yang lebih besar antara kaum. Keadaan menjadi lebih buruk kerana kaum Cina telah sedia menguasai ekonomi negara ini dan terkenal dengan sikap menindas serta enggan memberi peluang kepada kaum lain.
Dari situ kita boleh lihat bagaimana licik dan hipokritnya MCA dalam berbicara. MCA telah menempelak UMNO kerana sering menyebut ‘kaum’ kerana kononnya, MCA menentang sifat perkauman dan inginkan kesamarataan.
MCA mungkin boleh memperdaya sebahagian dari orang-orang Melayu termasuk pemimpin UMNO sendiri dengan kata-kata ini. Namun, sebahagian besar lagi dari orang-orang Melayu dapat melihat dengan jelas bahawa apa yang MCA perjuangkan hanyalah untuk melebarkan lagi jurang perkauman melalui pendidikan dan seterusnya pekerjaan / ekonomi.
Justeru itu, MCA tidak membantah GST atau pengurangan subsidi bukan sangat kerana ia satu pendekatan yang baik untuk negara tetapi lebih-lebih lagi kerana mereka tahu yang akan untung adalah tauke-tauke kaum Cina juga. Sekiranya yang untung nanti adalah kaum lain, belum tentu MCA akan menyokongnya malah mungkin akan menentangnya walaupun ia baik untuk negara.
Buktinya, jika benar MCA menentang perkauman, maka perkara pertama yang parti itu wajib perjuangkan ialah sistem ‘Satu Sekolah Untuk Semua’ bukannya UEC. Sedangkan sistem satu sekolah untuk semua jelas sebagai satu sistem yang baik untuk negara.
Maka, apakah salah jika kita bersangka buruk terhadap MCA? Kita ingin bertanya MCA, andainya UMNO tidak tunduk dalam isu UEC dan juga sistem merit sepenuhnya untuk kemasukan di universiti, apakah MCA akan menikam UMNO sekali lagi dalam PRU nanti?
Kepada MCA dan juga UMNO, kita ingin mengingatkan bahawa segala hak bumiputera adalah bertitik tolak dari pemberian warganegara kepada kaum pendatang. Sekiranya hak ini dihapuskan, maka ia harus dengan sendirinya membatalkan juga hak warganegara kaum pendatang.